..::Pengikut Setia::..

Wednesday, April 12, 2017

Cantiknyaaaaa Lace...

0 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Pernah dengar tak "LACE"? Kaum hawa mesti tau kan lace tu apa? Alaaa Lace tu kain renda yang selalu orang pakai untuk buat baju pengantin tu. I'm sure most of women love them.



Kalau nak tahu, lace nie ada element of innocence, feminine and purity. Sebab tu kalau kita tengok baju ber"lace" kita akan rasa macam girlish sangat kan? Tapi tak semua lace fashion tu cantik untuk semua orang. So kalau nak tahu what are the top must-have lace fashion item, sit back and read till the end.

1. Lace Dresses

Lace dresses sesuai kalau nak pergi keje or tea parties. Kalau ada special date, nak keluar dating memang sesuai sangat pakai lace dresses nie. Selain dari dress, baju kurung lace pun cantik tauu.

2. Lace Shoes

Haaa.. Selain dari dress, kasut sekarang nie pun dah pakai lace. Dari high heels sampai la ke Ballerina flats, ade je pattern yang menggunakan lace. Selalunya kasut lace nie sesuai digandingkan dengan outfit berwarna pastel. Instead of simple nudes high heels or white sandal, why not go for something more delicately feminine to walk in. By the way, Migha sekarang nie memang tengah mencari lace high heels untuk majlis akad nikah nanti. 😍

3. Lace Tops
 
Selain daripada dress, baju kurung or kasut, ada jugak lace tops yang korang boleh beli untuk tambahkan koleksi korang. Banyak yang cantik yang boleh digayakan dengan pelbagai gaya. Pakai dengan jeans, skirts, shorts or pallazo pants. Haa nampak sophisticated gittew.

Pilih warna kesukaan korang and flaunt your soft feminine side to the people around you. For sure korang akan tampil lebih menarik dan ladylike. 

Interested to get these soft look of lace fashion pieces, check out ZALORA lace for woman online fashion items from various well-known brands available.

Pssttt.. Raya dah nak dekat kan? Boleh la dapatkan baju kurung lace dekat ZALORA. Cantik-cantik semuanya.

 
Selamat mencuci mata.. 😘


Wednesday, January 18, 2017

Movie: La La Land

3 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Aku baru berkesempatan untuk tengok movie yang sekarang nie tengah hebat diperkatakan LA LA LAND. Cerita cinta muzikal lakonan Ryan Gosling dengan Emma Stone. Aku tau aku agak terlambat tapi aku tak kira, aku nak cerita jugak apa yang menarik dalam cerita nie.


Overall aku sangat berpuas hati dengan cite nie. Yaaa the songs, the music, choreography, all were arranged nicely. Never thought that jazz was soooo nice and calming. Rasa macam perasaan tenang masuk dalam elevator dekat JW Marriot. You'll know what i say if you have watch it. Both Ryan Gosling dengan Emma Stone punya suara sangat sedap. Setiap babak yang dipaparkan akan buat kau terbuai, rasa nak menari sekali. Its worth it to watch it. Oh ya, dalam cerita nie baju Emma Stone cantik sangat, banyak bermain dengan warna, the view jugak nice.

LA LA LAND mengisahkan percintaan Mia dengan Sebastian dalam mengejar cita-cita dorang. Mia nak jadi actress and Sebastian dengan minat dia yang mendalam dengan Jazz untuk ada his own club. Well sepanjang cerita, banyak good and sweet things happen, but untill Mia dapat audition and Sebastian yakinkan Mia untuk tak lepaskan setiap peluang yang ada. They profess they will always love each other, but are uncertain of their future.

Ya. Aku sedikit terkilan dengan ending cerita nie. Hakikatnya tak semua yang kita sayang, berjuang dengan kita, menyokong kita untuk terus kejar impian akan bersama dengan kita selamanya. INI SEDIH. Masih tak boleh terima kenyataan.


Yang tak tengok lagi tue pi la tengok. Btw, aku pun tengok online je dan kejap lagi nak repeat sekali lagi. Saja la nak bagitau sambil aku taip entry nie aku ditemani playlist from the movie.

Tue je nak bagitau. Kalau nak link mana nak tengok online bolehlah pm aku yer. Kualiti dia pun takde la teruk mana.




BYE



Wednesday, December 21, 2016

Cita-cita

1 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

2 minggu lepas aku berjaya kidnap anak member aku. Sepanjang perjalanan nak ke rumah aku macam-macam la yang diborakkan. Dari topik yang merapu sampailah topik yang agak berat. Tapi ada satu benda yang menarik "CITA-CITA". 

Budak-budak nie bercerita yang cita-cita dorang kerap berubah-ubah. Masa umur 8 tahun nak jadi Bomba la, Doktor la. Tetiba masuk tingkatan 3 dah berubah nak jadi Saintis la pulak. Ehhh.. itu standardlah dik. Engkorang tak tau Kak Migha engkorang nie dah berapa kali tukar cita-cita. Sampai ke hari nie cita-cita tue bertukar-tukar.

Dulu masa aku tadika, aku ingat lagi bila mak ayah/ cikgu tanya nak jadi apa aku cakap aku nak jadi Doktor. Kenapa? Masa kecik-kecik kita selalu disogokkan dengan kata-kata "Belajar pandai-pandai, nanti besar boleh jadi doktor". Yaa aku mudah terpengaruh.


Dah elok-elok nak jadi doktor, tetiba aku berubah fikiran nak jadi pelakon. Tak silap aku masa nie aku umur 9 tahun (Darjah 3). Yang nie aku tak boleh hadam, kenapa aku boleh terpikir nak jadi pelakon. Mungkin masa tue aku rasa diri aku cantik kot, tue yang berangan nak jadi pelakon. (Masih tak boleh hadam. Why??)


Masuk je darjah 5 , cita-cita aku berubah dari pelakon kepada pilot. Aku tak pasti kenapa Pilot. Mungkin pengaruh TV. Yaaa..masih lagi dengan sifat mudah terpengaruh. Budak-budak lagi kan. Maafkanlah aku.


Cita-cita as pilot tue bertahan sampai la aku masuk tingkatan 3. Lepas PMR, aku sedar yang aku nie suka bercakap, apatah lagi berdebat. So, masa tue aku rasa Peguam adalah pekerjaan yang selayaknya untuk aku. Walaupun masa form 4 - 5 aku budak aliran Sains, sikit pun tak terdetik di hati nak jadi doktor balik sebab result Biologi aku teruk nokhorom. Malu nak cite.


Berbekalkan result SPM yang tak seberapa, aku dapat masuk U, kos business. Masa tue aku dah bercita-cita nak jadi seorang CEO (walaupun bapak aku takde company sendiri). Trust me yang nie pun berpunca dari pengaruh drama melayu. Ye la drama melayu kan banyak sajikan kita dengan cerita orang kaya berjaya. 


Dari satu cita-cita ke cita-cita yang lain. Dalam masa proses pembelajaran aku berapa banyak kali aku tukar cita-cita. Sudahnya, hari nie aku hanyalah seketul "Kulikutive". Bekerja as Executive biasa. Takpelah aku bersyukur. 

TAPI....

Cita-cita aku tak berhenti kat situ jer. Aku masih lagi bercita-cita untuk pegang title Manager or Head before aku reach age 35 years old. Tapi bila dah dekat nak kawen nie aku bercita-cita nak jadi surirumah la pulak. Penat dah nak kerja.

Well, apa pun yang kita impikan dan idamkan, kita kena usaha. Cita-cita tue yang menjadi tujuan hidup dan demi mencapai cita-cita kita kena usaha. Insyallah. 

P/s : Belum lagi cerita cita-cita aku nak pakai kereta, rumah apa. Panjang berjela la kalau aku nak cerita semua.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...