..::Pengikut Setia::..

Saturday, December 31, 2011

Pahit Manis 2011

7 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers.
Tinggal lagi berapa jam je 2011 akan melabuhkan tirainya and tomorrow we'll start a new day with new calender. Syukur alhamdulilah 2011 memberi banyak kenangan manis and pahit pada Myra.

Tahun 2011 banyak mengajar Myra benda-benda baru. Awal 2011, Myra still bergelar final year student and practical student kat salah satu company perumahan kat SP. Waktu nie memang banyak benda Myra belajar. Pahit manis ditindas sebab perbezaan kaum, dimarah atas kesalahan yang Myra tak buat, and macam-macam lagi la. But all those bad things jadikan Myra kuat, yela bekalan untuk alam pekerjaan nanti. And pada masa yang sama Myra berbangga dengan diri Myra sebab berjaya menyiapkan thesis in order to complete my study. Koya. Macam dia sorang jer buat thesis.



Lepas habis praktikal and settle thesis, Myra banyak habiskan masa duduk rumah. And this year was my first year attend "job interview". 1st job interview Myra dekat recycled based company and post yang Myra apply  waktu tue Marketing Exec. Dapat keje tue tapi Myra terpaksa tolak sebab Myra tak selesa dengan working environment. And I've got my driving license. Haha. Orang lain umur 20 dah ada lesen memandu. :)



Tahun 2011 jugak banyak mengajar Myra soal hati, perasaan and cinta. For the first time Myra kena serang dengan seorang perempuan sebab rampas boyfriend dia. Dekat shopping complex pulak tue. Mana la Myra tau yang laki tue dah ada girlfriend sebab dia sendiri mengaku yang dia single. Lepas insiden tue Myra takde senang-senang nak percaya kat orang. Takot kena serang lagi. :)



And 2011 jugak my sweetest year sebab Myra dah berjaya tunaikan hasrat mak ayah Myra yang nak tengok anak diorang nie pakai jubah konvokesyen, terima segulung ijazah dari NC. Syukur alhamdulilah impian Myra nak menggenggam segulung ijazah dah tercapai. 



2011 pergi dengan 1001 memori. Apa yang terjadi kita jadikan kenangan dan pengajaran. Semoga 2012 memberi sinar baru dalam hidup Myra and jugak korang dan semoga 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya. :)


p/s: Rasanya nie entry paling panjang yang Myra pernah buat.


Tuesday, December 27, 2011

Chatbox baru gantikan Shoutmix

4 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers,
Semua orang dah sedia maklum yang Shoutmix dah nak mula kenakan bayaran start next year. Myra mulanya agak sedih sebab terpaksa delete shoutmix yang dah "cun-mercun" tue. But now Myra dah ada chatbox yang lagi Boogy Da Vass lagi. Hahaha. Thax to pok cik Feroz yg HENSEM sebab dia dah memperkenalkan chatbox yang baru nie kepada Myra. 


Nie chatbox baru myra. Amacam cun tak. So lepas nie senang la bagi dorang yang suka blogwalking and nak tinggalkan jejak kat blog Myra kan. :)

Sekali lagi myra nak ucapkan ribuan terima kasih kat pokcik Feroz. Kepada korang yang nak ada chatbox yang "cun-mercun" nie boleh la terjah http://www.fibox.ws/


Sunday, December 25, 2011

Entry New Year yang Ter"advance"

1 dah "bash" Myra
EAssalamualaikum.

Hello readers. Its been a long-long time since Myra update blog kan. Well seriusly mood blogging kelaut. But I dont have to worry, takde sape pun nak baca blog sampah aku nie kan. Bukan apa, banyak sangat menda yang menyerabutkan kepala otak nie sampai terpaksa privatekan blog nie kejap. 

Goodbye

Welcome


Kejap je tahun 2011 dah nak melabuhkan tirai. Amacam? Azam tahun nie semuanya dah tercapai ke atau ada yang masih belum tercapai? Alhamdulilah semua azam Myra dah tercapai, cuma wishlist untuk tahun nie still tak dapat nak tunaikan. Kena postpone to next year la jawabnya. 

Ok la. Got to go. Later Myra update lagi. You guys take care. Miss ya. :)

p/s: Semoga tahun 2012 memberikan sinar baru dalam hidup kita semua. Opss. Entry new year terawal sikit. 


Friday, November 18, 2011

Day 16 – Something you don’t leave the house without.

5 dah "bash" Myra
 Assalamualaikum.

Hello readers. Since dah lama sangat tak update blog and tak tahu apa nak update hari nie Myra terasa nak sambung balik 30 Days Challenge yang dah lama di"anak tiri"kan.

Something you don’t leave the house without.
 Of course my Hanbang. :)

Apa yang ada dalam Handbag?
 1. Purse. Walaupun takde duit purse tetap kena bawak.
 2. Noteboook and Pen. Senang nak catit kalau terjumpa iklan kerja kosong.
 3. Recycle bag. Yang nie bekalan kalau shopping hari Sabtu.
 4. Perfume, Lipbalm, Compact Powder
 5. Last but not least, Handphone.

p/s: Itu saja buat masa nie. Kbai. :)

Wednesday, November 2, 2011

Oii Oii.. Aku Kena Tag Daa..

7 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Malam nie mood agak baik sikit. Sebab tue agak rajin nak menjawab tag adik manis hunny bunny busyuk nie. Tapi Myra tak mampu untuk create 11 question to another people. Aci tak macam tue? Boleh la yer sayang. :)

11 things about me.
- Nama penuh Nur Amira Binti Roslan
- Berumur 22 tahun
- Sangat gilakan polka dots
- Purple lover
- Takut kucing dan sangat fobia dengan ular
- Sangat sukakan coklat
- Gilakan games
- Kaki online
- Tak suka roses
- Saya cacat sebab saya ada dimple
- Simple

Dah settle part 1. Sekarang nak move to another part plak. Part 2. Soalan yang diajukan oleh adik manis kita nie. Jeng jeng jeng. :)

1. Suka dengar lagu apa?
Sangat gemarkan lagu-lagu Faizal Tahir dan Bruno Mars. 

2. Rapat dengan mak/ayah?
Dua-dua rapat. Both of them akan tau my problems termasuklah problem ngan boyfriend.

3. Adik-beradik berapa orang?
Ada 4. Myra yang sulung.

4. Suka pakai baju colour apa?
Kalau t-shirt banyak warna Hitam. Kalau baju kurung banyak warna Biru and Purple

5. Lebih suka seluar jeans/ track bottom?
Jeans.

6. Tak suka makan apa?
Ermm. Semua makan. Tolak batu and kayu serta benda yang tak boleh makan. :)

7. Makan ikut pemakanan seimbang tak?
Jujurnya TAK. :)

8. Selalu ke update blog?
Kadang-kadang. Ikut mood.

9. Lebih suka lumba lari/ lompat tinggi/ lompat jauh?
Lompat jauh kot. Lebih minat aktiviti seperti bola jaring.

10. Lebih suka aircond/kipas?
Kipas. Kalau kena aircond nanti hidung tersumbat.

11. Lebih sayang handphone/camera?
Dua-dua Myra sayang. :)



Tuesday, November 1, 2011

Pasangan Pilihan

8 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Agak lama Myra menyepikan diri. Merajuk dengan dunia blogging yang semakin kejam. Tipu jer. Actually 3 weeks ago bb Myra kena barred sebab dah 2 bulan tak bayar. Hahaha guna pandai bayar tak reti. :)

Aktiviti sebelum dan selepas konvo semua dah settle. So sekarang ada banyak masa untuk terperuk depan lappy update blog sambil cari kerja. Btw ada jugak 2 3 orang kawan Myra yang bercadang nak mendirikan masjid lepas officially bergelar graduan. Tahniah kepada diorang. :)


Cakap pasal kawen nie of coz kita nak kawen ngan pasangan pilihan kita. Setiap orang mempunyai taste and pilihan yang berbeza-beza. Teringat zaman Myra masih lagi di bangku sekolah. Kalau orang tanya macam mana ciri-ciri husband yang Myra nak dengan lajunya Myra akan cakap mesti la kena ada 3C. Apa 3C tue??

1- Career


Sangat penting bagi seorang perempuan untuk memilih lelaki yang mempunyai pekerjaan yang tetap. Bukan nak demand, tapi diorang yang bakal tanggung makan pakai kita dan anak-anak. 

2- Cash


C yang kedua ialah cash. Tak perlu la duit berkepuk-kepuk baru nak kawen. Cukup sekadar dapat bayar duit hantaran and dapat menampung hidup lepas dah kawen. Kalau takde cash macam mana korang nak kawen? Iye dok?

3- Cars/Condo



C yang terakhir nie bagi Myra tak berapa nak penting sangat. Kalau ada alhamdulilah. Kereta tue tak perlu la kereta mahal-mahal yang mampu membuat mata setiap manusia terbeliak setiap kali meluncur  laju atas jalan. Dah ada kereta kancil pun memadai dah. Macam tue jugak dengan Condo atau rumah. Tak perlu yang mewah.

Bunyinya macam Myra nie seorang yang tersangat demand kan?? Bak kata ayah Myra kita kalau nak pilih calon biarlah yang boleh sara kita, takkan kita nak sara dia plak. Btw Myra tak memilih dalam soal pasangan nie asalkan dia kuat pegangan agama, hormat orang tua, tahu jaga hati pasangan dia dan orang lain dan jugak tahu tanggungjawab dia tue dah memadai. Soal rupa paras semua tolak tepi. Tapi kalau boleh nak sidia lagi tinggi dari Myra.

Semoga korang berbahagia dengan pasangan pilihan korang.. :)


Tuesday, October 18, 2011

Eksaited nak KONVO.. (entry pendek tanpa gambar)

9 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Agak lama Myra menyepi. Huhuhu. Bukan apa sibuk dengan aktiviti sebelum konvo. Tinggal seminggu je lagi nak konvo. Akhirnya penantian Myra selama 3 tahun akan berakhir. 

Alhamdulilah. Semua dah settle. Jubah dah amek, baju, kasut untuk konvo dah pun ada. Tinggal nak naik atas pentas terima ijazah je. Over kan? Bukan selalu merasa konvo nie. Dulu belajar kat matrix mana ada konvokesyen. Baru sekarang la nak merasa. 

Ok tue ja Myra nak update..

p/s: Eksaited nie.. :)


Saturday, October 8, 2011

49 days

10 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Agak lama myra x update blog kan. Well banyak benda yang  menyerabutkan kepala terjadi. Rasanya hati nie pun belom betul-betul pulih lagi. Lupakan citer and masalah hati dulu, nanti ada masa, Insyaallah Myra citer.

Actually Myra nak kongsi dengan korang citer korea yang skang nie Myra tengah follow dengan jayanya. 49 Days. Bagi Myra citer nie lain dari citer korea yang selalu kita tengok. Sedih. Myra rasa bagi yang nakkan kelainan boleh la tengok citer nie. 


Sinopsis
Seorang wanita muda yang bernama Ji Hyun menikmati kebahagiaan mutlak kerana dia akan berkahwin dengan tunangnya, tetapi kehidupan yang sempurna dimusnahkan dalam kemalangan kereta yang telah menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma. Beliau diberi peluang kedua oleh malaikat maut,tetapi ia datang dengan syarat: dia untuk mencari tiga orang luar selain keluarganya yang akan menangis air mata yang tulen untuk dia. Dalam usaha untuk berbuat demikian, dia meminjam badan Yi Kyung, seorang pekerja sambilan di sebuah kedai.

Nak tengok atau download? klik sini
Myra tak sure link Myra bagi nie ok ke tak. Sebab Myra x tengok kt sini. Myra tengok cd. 
Sorry kalau Myra bagi link yang broken. :(


Wednesday, September 28, 2011

Penangan FACEBOOK...

2 dah "bash" Myra
‎:::PENANGAN "FaceBo0K" TERHADAP KEHIDUPAN...RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL...SEMOGA ALLAH s.w.t LINDUNGI DARI SEGALA KEJAHATAN...SEMUA ATAS DIRI SENDIRI "TEPUK DADA......":::

Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab Cemburu
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah
Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan
... Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan
Kerana facebook : Kita Boleh Perbodohkan Orang & kwn
Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri
Kerana facebook : Kita Tertipu
Kerana facebook : Kita boleyh Meninggalkan Solat 5 Waktu
Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik Angkat
Kerana facebook : Kita Tak Tidur & Tak Makan
Kerana facebook : diri jadi HOTSTUF . . .. .


p/s: aku pun ada facebook jugak....mintak dijauhkan la yee...



JoM Join Bloglist JiwarOsak.coM

3 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Hari nie aku nak merajinkan diri join bloglist pokcik yang rosak jiwanya, :)
Hahahaha.. Jangan marah la pokcik.


Blog jiwa rosak nie mmg tempat lepak aku. Asal ada entry baru je confirm aku terjah. 

Nak join bloglist jiwarosak?? Picit http://www.jiwarosak.com/ kuat-kuat.

Myra tag


Monday, September 26, 2011

Jom buat gf korang Happy

11 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Selamat malam. Macam mana nak gembirakan gf/makwe/awek korang? Myra ada cara-caranya. Lets cekitdaut. :)


1. Kawan Baik. :)
2. Peneman sepanjang hayat.
3. Pencinta yang setia.
4. Abang yang melindungi.
5. Pelega perasaan.
6. Pelawak yang kelakar.
7. Kuat dan gagah.
8. Boleh diharap.
9. Bijak
10. Sangat memahami.

Ok. Cukup 10. Nak lagi? 
Additional tips. 

1. Pujian buat si dia tiap hari. Larat ke nak puji tiap-tiap hari?
2. Ucapan "good night" dan "sweet dream" setiap malam. :)
3. Jangan pandang pompuan lain waktu dating.



Friday, September 23, 2011

Tolonglah Move On

6 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Agak lama tak update blog, terasa kekok plak nak start cerita.



Kali nie aku nak bercerita pasal ex gf/bf yang tak boleh move on lepas break-up. Susah bila berhadapan dengan diorang yang tak boleh terima hakitkat yang ex gf/bf diorang dah ada someone else. Kalau setakat merayu-rayu kat laki/pompuan tue supaya balik ke pangkuan diorang boleh tahan jugak lagi, tapi kalau sampai dah tahap "psycho" pi serang kekasih baru ex gf/bf diorang tue memang agak keterlaluan la kan. Aku paham perasaan korang yang kehilangan  orang yang pernah korang sayang, tapi c'monlah bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.


Lagi satu, tak payah la sampai nak malukan diri sendiri depan orang ramai, pi serang ex gf/bf korang yang tengah dating ngan kekasih baru diorang. Malu weh. Kalau rasa tak puas hati sangat bawak bincang elok-elok kat kedai kopi. Tapi rasanya kalau dah berbincang pun ex gf/bf korang still nak move on dengan kekasih baru diorang, memang dorang dah tak nak kat korang la tue maksudnya. Dah takdak jodoh korang. Lagi sekali aku cakap, "bunga bukan sekuntum. kumbang bukan seekor" so susah apa, pi cari yang lain la. Mana tau kot-kot dapat yang lagi handsome atau hot dari yang dulu. 



Kalau ye pun marah jangan la sampai membunuh.


p/s: Semua masalah ada penyelesaian. 





Thursday, September 15, 2011

Kahwin Lari

6 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Mood berblog sejak 2 3 menjak nie kelaut, mengalahkan orang yang tengah sibuk dengan class. Whatever la. Actually menda nie dah basi. Rasanya it happen about 2 or 3 days before my birthday. Apa citer dia? Jom cekitdaut. :)

Actually 2 3 hari before my 22nd birthday my ex-bf mesej aku. Wooww. It was like ape hal mamat nie. Mimpi naik gajah ke? Tujuan sebenar dia hantar mesej juz nak ajak aku kahwin. I was like, haa??? mamat nie biar betul. Ada duit ke dia nak ajak aku kawen. Then next mesej "Jom kita kawen kat Siam". Aku dok pikir gila apa mamat nie. Aku ada mak ayah. Takkan la aku sampai hati nak ketepikan parents aku semata-mata nak pi kawen ngan dia kan. Kalau kata dia hantar mesej nak hantar rombongan meminang aku pun aku still takkan terima sebab aku dah ada orang lain. ORANG LAIN. Harap maklom la yer. And aku happy dengan hidup aku bersama orang yang sayang and hargai aku. Tak nak guna talian hayat.  :)


Malas nak cakap banyak. Korang pikir la sendiri. :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...