..::Pengikut Setia::..

Thursday, June 30, 2011

Day 5 – What makes you different from everyone else?

0 dah "bash" Myra
Assalamualaikum...

Aku baru sampai Day 5 for 30 Days Challenge nie. Atoiyai. Lama betul nak abeskan 30 hari. Senak weh. Challenge hari ke-5 nie agak menarik. What makes you different from everyone else. Dah macam soalan interview pulak

Camne aku nak mula nie?? *Sambil garu kepala yang tak gatal* 

OTAK MERENG
Hehehehe. Mengaku pun otak mereng. Mereng-mereng aku pun aku nie baik tau. Sudaahh, perasan plak minah nie. Ok serius, memang aku akui otak aku nie gila-gila and kadang-kadang masuk air. Tapi bukan 24/7 aku dalam keadaan macam tue. Bila aku perlu serius aku akan serius. C'mon laa. Nak melawak and bergurau pun ada masa kan. 

Eventhough aku nie sengal-sengal, aku tetap aku. Tak dak nak jadi Serena or Blair "wannabe". Macam mana korang tengok aku depan member-mber rapat, macam tue la aku depan my man. Tak dak istilah cover-cover nie.


p/s: ada sapa-sapa penah jumpa orang muka macam aku tak??? Kalau kene interview memang 100% tak boleh jawab camni. Sila cari jawapan lain.


Tak Sabar Nak Grad.. :)

2 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Dah 3 hari weh tak hapdate blog. Ntah pesal mood blogging hilang tak tau. Mood nak bekerja datang membuak-buak. Tapi kejenya tak jugak dapat. Fed up. Malas la nak bercerita pasal kerja yang tak jugak turun dari langit. Impossible

Seronok bila dah habis belajar. 3 tahun weh aku amek masa nak habiskan degree. Walaupun bukan dengan ANC tapi aku still bersyukur. Ye lar itu jer yang termampu, padan la dengan usaha aku yang tak seberapa tue. Walau macam mana pun aku tetap berbangga, sebab aku bakal menunaikan hasrat mak ngan ayah aku  untuk tengok aku pakai jubah dan topi graduation.


Aku ingat lagi waktu aku tadika, ayah selalu cakap yang dia nak sangat tengok anak-anak dia berjaya. Dia nak sangat tengok aku pakai jubah graduation tue. Dulu aku selalu cakap kat dia bukan senang nak masuk universiti. Tapi alhamdulilah berkat tunjuk ajar dari cikgu-cikgu kat sekolah and jugak berkat tunjuk ajar mak and ayah aku, aku berjaya. Doa diorang sentiasa mengiringi setiap langkah aku.

To my mom and dad. This is for both of u. I have a great parents in the world.

p/s: Serius tak sabar nak grad.


Sunday, June 26, 2011

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

1 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Woot woot. Baru day 4. Aku nak perkenalkan BFF aku nie. Nama dia Nur Farahin bt Mohamed Hasham. Umo 22 tahun. Taken by Mohamed Alif.


aku suka gambar ko yang nie sebab macam mak datin siot.... Auww...


Saturday, June 25, 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

4 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak challenge yang nie aku rasa paling mencabar, Tak tau nak gambarkan macam mana perfect first date tue. (Serius tak reti) Takkan nak bergolek-golek atas padang rumput pastu nyanyi dalam hujan plak kan. Ingat citer industan ke?? 

Dorg sweet sgt. Nak jadi pasangan bahagia macam dorang la.


Rasanya memadai dengan keluar g makan, tengok wayang and window shopping. Kalau bf banyak duit pegi shopping. :) 2 je la kot. As long as me and him enjoy wa we're doing. Thats perfect. Kan??

Bedtime story.

p/s: Nampak sangat aku nie "Kuno".


Job Fair..

0 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

This is a quick post before aku masuk tido. Kepada job seekers especially fresh grads korang boleh hadirkan diri di lokasi-lokasi berikut:

Click untuk tumbesaran..

Job Fair nie diadakan sempena BN Youth Job Fair 2011. Apa lagi moh la kita pegi ramai-ramai.




Tahniah SEPAH..

2 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Akhirnya fenomena Maharaja Lawak dah pun sampai ke penghujungnya. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan tahniah kat SEPAH yang telah dinobatkan sebagai juara. Krang memang terbaek. Tak sia-sia si Shuib dok usung tagline DAFI "Baek Punya". Pape pun teruskan usaha korang untuk mengiburkan peminat-peminat korang (termasuk la aku) and kepada peserta lain korang pun best. Tahniah.


p/s: Ahh... Semput. Sebab cuba taip laju-laju... :)


Friday, June 24, 2011

Day 2: Your Favorite Movie

2 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

It takes 2 days nak pikir apa fav movie aku. Nonsense la kan. Serius tak boleh nak pikir apa fav movie aku. But  I think I love this one. Even suruh aku tengok beratus kali pun takpe. (Auta je nie)

Maybe sebab hero yang cool.. :)

Another 1 is Harry Potter. Sebab aku membesar dengan tengok citer Harry Potter.


p/s: Aku prefer action dari love story. Tapi layan jugak bila mood "jiwang" mai.


Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Day 1: Your Favorite Song

3 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hehehehe. (Tersengeh sambil buat muka comel.) Baru hari berkesempatan start 30 days challenge. My favorite song. Apa ea?? Banyak nie. Jenuh aku kalau nak list semua. 

Kalau ikutkan favorite song yang wajib aku dengar tiap-tiap hari of coz la lagu FAIZAL TAHIR. Dari album Aku.Muzik.Kamu sampai la Adrenalin. Semua lagu FT menjadi favorite aku.


Then lagu-lagu dari "King of Love" Bruno Mars. Lagu Bruno Mars yang paling aku suka Grenade.


p/s: Ada la lagi lagu lain. Terlampau banyak sampai tak tau yang mana satu betul-betul menjadi kegemaran aku.


Monday, June 20, 2011

Entry comeback

0 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Pergghh. Masin betul mulut aku. Lepas aku post entry terakhir nie terus bb aku tak berfungsi. Memang malang tak berbau betul. Lepas nie kene kurangkan makan garam sebab nak elakkan mulut masin. Agagaga.

Actually dalam 2 3 hari aku tak online nie, aku dah jatuh cinta. Dengan sapa?? 
Tadaaaaaa....


Kenal tak?? Of course kenal kan. Gu Jun Pyo. Handsome betul la mamat nie. Tapi prefer Jeon Jin Ho lagi. Hehehehe. 


Thursday, June 16, 2011

30 days challenge

1 dah "bash" Myra
Assalamualaikum...

Sengal betul cik Farra Mohamed nie. Ko memang sengaja nak kenekan aku kan. 30 hari bai. Ntah sempat ke tak aku nak settlekan challenge nie. Bb aku nie anytime je akan dipotong sebab tak dibayar lagi.

Nie challenge dia....
Day 1 — Your favorite song
DAY 2 - Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – A picture of your favourite memory
Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 – 5 facts about you.
Day 12 – A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – Who are you?
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 – Something you don’t leave the house without.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Short term goals for this month and why
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


Huissshh. Terbeliak bijik mata aku tengok list-list ni. Takpe akan ku coba untuk jayakannya. Cik Farra Mohamed wajib ke sampaikan menda nie kat orang lain??



Friday, June 10, 2011

6 Truth of Life...

7 dah "bash" Myra
True.. so true... please read on folks and have a good day!








6 Truths of Life


1. You cannot touch all your top teeth with your tongue.













2. All idiots, after reading the first truth, will try it.




3. And discover that the first truth is a lie.




4. You're smiling now because you're an idiot.






5. You soon will forward this to another idiot.




6. There's still a stupid smile on your face.



I apologize about this.

I'm an idiot and I needed company. 

p/s: Ini hanya sekadar gurauan yer. Dari mana aku amek tak ingat plak. Tapi menda nie dah lama kat note FB aku.


Thursday, June 9, 2011

Novel Terbaru Alaf 21

0 dah "bash" Myra


Sinopsis
Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.

Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta Kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannnya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.

Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.



Sinopsis
NADIA terpinggir di rumah anak-anak yatim. Berpuluh tahun dia terpisah daripada keluarga setelah kematian ibu. Dia kembali menjejak darah daging yang menghilang entah ke mana. Hanya itu impiannya sejak dulu.

Sebagai manusia, dicurahkan kasih sayangnya pada anak-anak jiran yang kehilangan ibu. Kemesraan mereka menambat hati si ayah. Roslan mahu melamar Nadia sebagai pengganti arwah isterinya. Namun, Nadia ketepikan soal perasaan. Baginya, impian bertemu keluarga melebihi segala-galanya.

Latif pula sudah lama menaruh hati pada Nadia sejak mereka sama-sama menghuni rumah anak-anak yatim. Cinta itu dibawa hingga ke dewasa. Ketika kata cinta dilafazkan, Nadia tetap memberi jawapan yang sama seperti Roslan.

Makna cinta bagi Nadia adalah ketulusan. Siapa jua jodohnya, hanya ALLAH Yang Maha Mengaturkan. Impian itu harus diburu terlebih dulu kerana ada isi sejarah keluarganya yang dia perlu tahu.



Sinopsis
“Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih dari–pada kita mencintai dia.” Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan?

Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti.

Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.

Bagi mengelakkan diri, Qaireena mengambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelangnya pecah.

Kamil Ihsan yang bersikap ‘bossy’ menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu.

Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak?


Sinopsis
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.


Additional Note: Srikandi vs Arjuna - RM 17.00
                     Kemahuan Hati - RM19.90
                               Bukan Kerana Sayang - RM21.00
                           Kisah Benar Kasih - RM 21.00



Blogging itu Aku Suka!

1 dah "bash" Myra
Assalamualaikum...

Dah lama x join segmen-segmen yang dianjurkan blogger-blogger nie. Hari nie terasa macam rajin sangat nak join segmen oleh syaimzhebatz


For more information sila click syaimzhebatz.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...