..::Pengikut Setia::..

Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya vs Sms Raya

6 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hari nie dah nak masuk hari ke 25 kita berpuasa. Kuih raya, baju raya semua dah siap ke?? Kalau dah siap bagus la, kalau tak siap lagi cepat-cepat la siapkan. :)

Tahun nie sekeping kad raya pun Myra tak dapat. Sadis kan? Sekarang ni susah sangat nak dapat kad raya. Dulu time sekolah selalu jugak dapat kad raya., tapi sekarang nie, nak dapat 5 keping pun susah. Yela zaman dah maju, kenapa kita nak susahkan diri tulis panjang lebar atas kad tue sedangkan kita boleh taip mesej and -terus hantar kepada receiver. Tak perlu susah-payah nak pegi pejabat pos, beli setem. Ye dok?


Tapi bagi Myra kad raya nie ada nilai sentimental dia yang tersendiri. Walaupun cara nie macam agak kuno, tapi kad raya nie tahan lama. Lain la kalau korang simpan kat tempat yang penuh anai-anai, lepas tue kad tue kena makan anai-anai. Hantar sms memang la cepat, satu sms boleh hantar kat semua orang yang ada dalam phone book tue, tapi berapa lama sms tue ada dalam inbox seseorang kita tak pasti. 


Well, tak kisah la apa jua bentuk ucapan raya yang korang bagi kat Myra, semua akan Myra hargai. :) Kad ke sms tak penting, bagi Myra setiap ucapan yang dihantar merupakan tanda ingatan dorang kat kita. Terharu bila ada orang ingat kat kita. :)

Kesempatan nie Myra nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers blog nie. :)


Nie duit raya korang. Jangan boros tau. :)



Wordless Wednesday

3 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Waa. Rindu kat membe-membe baik aku kat kampus. T_T




Tuesday, August 23, 2011

Monday, August 22, 2011

Elakkan INI ketika Blogwalking.

8 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Waaa. Berkobar-kobar nak blogwalking hari ni. Maklom la tengah free. Nanti dekat nak raya dah sibuk nak mengemas. Bila dah raya, confirm-confirm tak melekat kat umah. Berjalan merata.

Well, memang seronok bila dah berblogwalking. Kalau dah start blogwalking memang susah nak berhenti. Sebab tue kalau aku nak blogwalking aku akan cari masa yang betul-betul free so that aku takkan tergangu. Selalunya aku prefer blogwalking tengah-tengah malam, sebab time tue dah takde keje nak buat. Tapi ada sesetengah blog yang aku tak berapa nak gemar singgah bila berblogwalking.

1. Blog yang berat.
Bila dah macam-macam widget kau sumbat masuk dalam blog, macam mana tak berat blog tue. Dah la nak tunggu abes load sepasai. Kalau aku rajin aku akan tunggu. Tapi selalunya aku takkan tunggu lama, 5 minit tak jugak abes load aku angkat kaki blah. Kejam kan.


2. Blog yang buat aku belajar mengeja.
Nie lagi satu hal. Kalau dah ejaan dalam setiap entry blog tue buat aku terasa nak pegi kelas ejaan memang tak tunggu lama la. Aku blogwalking nak baca entry korang, bukan nak tengok blog korang nie cantik ke tak. Kiteww tak sukeeww awak mewajok dengan kiteww.. 


So far aku rasa nie antara faktor yang buat aku angkat kaki kuar dari sesetengah blog. Pasal blog yang berlagu tue aku tak berapa nak kesah sangat sebab aku selalu mute lappy aku kalau aku nak blogwalking. So korang nak letak beratus lagu kat dalam blog korang pun takpe. Tak menjejaskan mood blogwalking aku yer. :)

Btw aku dulu pun macam tue jugak, blog berat macam ada hantu menumpang, gaya penulisan pun macam kanak-kanak ribena nak pi tadika. Lepas aku buat research dengan melawat blog otai-otai yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging nie aku berusaha untuk jadi lebih baik. And aku masih lagi belajar. 

Macam nie la rupa blog aku yang berat dulu...Lalalal~
Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontrovesi.
Majulah Blogging Untuk Diri Sendiri.

p/s: Perlu tunjuk ajar korang. Rajin-rajin la kritik aku bagi aku sedar diri sikit.




Saturday, August 20, 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST BLOGFYNA.COM

3 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hari nie terasa gedik nak menepek di bloglist my dear fyna pulak.


Myra nak tag



Sapa Kata Blogging tu Mudah?

8 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Dah lama tak membebel kat blog sampah kesayangan nie. Well, selagi otak tak mampu nak memberikan idea-idea yang menarik untuk diupdate dalam blog nie, selagi tue la blog nie tak berupdate.


Sekarang baru aku tau betapa susahnya nak menjadi seorang blogger. Yela nak jadi blogger tegar kena la rajin update blog, entry pulak kena ada isi, baru orang nak baca. Aku nie pulak bukan 24/7 ada idea-idea yang melimpah ruah sampai ke ladang gandum untuk update entry. Nak cari 1 issue untuk update entry berkurun lama. Kadang tue sampai berminggu-minggu. Waa. Terasa macam nak give up jerr. Tapi apakan daya my blog my soul.

Boleh kurus kering dok depan laptop perah otak. Hahaha

p/s: Terasa macam tak layak jadi blogger. T_T



Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.

1 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Huh. Jenuh aku nak menghabiskan challenge nie. Berpeluh ketiak weh. Hahaha. Well make it short, tv show yang aku tengah addict sangat sekarang nie.






Ok. Done. Cite korea nie ntah dah kali ke berapa aku ulang aku tak tau, cuma Princess Hours tue je aku tak pernah tengok lagi. Ketinggalan zaman sikit.



Friday, August 19, 2011

Jom Join Bloglist Birumuda91 dan Menangi Hadiah Misteri

0 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Feel nak update blog masih lagi ke laut. Tak de idea sokmo. Hahaha. Memandangkan sekarang nie asyik nak menepek kat bloglist orang je. hari nie Myra nak join Bloglist Birumuda91.




Quick Entry B4 Sleep

0 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Dah lama Myra tak update blog kan? Miss me? Mestilah tak, kan? Btw date segmen bloglist dah due. So Myra dah keluarkan Bloglist baru. Blogger comel. Thax kepada yang sudi join. Jasa korang amat dihargai. OK tak boleh nak merepek panjang-panjang. Adik Myra yang paling kecik dok terjerit-jerit lapaq. Tengah-tengah malam pun nak makan ke?? Nak kena brainwash si kecik nie supaya dia diet. Macam la kakak dia diet.

Bye..



Thursday, August 18, 2011

Jom Join BLOGLIST Myra

19 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Ini adalah post melekat, sila scroll ke bawah untuk entry terbaru. :)

Since dah lama sangat myra tak update bloglist, tiba-tiba hari nie terasa nak buat 1st segmen myra sendiri. Asyik join segmen anjuran orang je. Nak jugak try wat segmen sendiri. Ntah ada sambutan ke tidak. Belum cuba belum tau. Ye dok? Ok lah. Tak mau merepek panjang-panjang, lets check it out.

Syarat-syarat penyertaan:


  1. Korang mestilah follower blog Myra. (Blog-blog yang terdapat dalam BLOG FAMOS AMOS dan TERBAIK DARI MEREKA tidak akan diusik/disentuh)
  2. Tulis satu entry bertajuk : Jom Join BLOGLIST Myra
  3. Tepek banner huduh kat atas tu dalam entry korang, dan linkkan ke entry nie.
  4. Dah siap, comment kat enty nie.
Tarikh tutup : 18 August 2011



Wednesday, August 17, 2011

bloglist bersama pilihan hati

4 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Nak join bloglist pilihan hati sila klik blog pilihan hati atau picit gambar kuat-kuat. 


Tarikh tutup: 18 August 2011
Sama dengan tarikh tutup segmen Bloglist aku.



Sunday, August 14, 2011

Adik, Akak or Makcik...Ada Aku kesah??

5 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Penat shopping semalam tak habis lagi. Sakit kaki wa cakap lu, mau tak sakit kaki habis satu Sunway Carnival Mall tu aku tawaf nak mencari baju, seluar and kasut. Maklom la nak raya kan. 

Hari nie myra bukan nak cite sal beli kasut ke, beli baju yer. Nak bercerita pasal adik, akak atau makcik. Ce tengok tajuk tue, agak tak beradab disitu ya. Sila jangan terpedaya.


Ok, straight to the point. Myra nak tanya korang sumthing, korang kesah tak if someone yang korang tak kenal especially promoter kat shopping complex or peniaga dekat kedai panggil korang kakak, padahal dia lagi tua dari korang. Hahaha. Ada yang tak kisah nak panggil adik ke akak ke kan. As long as dia panggil korang dengan cara yang berhemah. Berhemah wat kalau dia panggil korang adik or akak walaupun pada hakikatnya dia muda or tua dari korang.

Sebenarnya, orang panggil kita berdasarkan apa yang dia nampak. Kalau muka korang nampak lagi matang dari usia sebenar of coz orang akan expect korang nie lebih berumur. Ye dok? Kadang-kadang cara kita dressing pun memainkan peranan penting. Kalau dah dressing macam makcik-makcik. Takkan la nak panggil adik plak kan. Macam tak kena la plak. :)


Amek Diana Danielle sebagai contoh. Dia lagi muda dari aku. Kalau la dia tue bukan artis, aku rasa aku akan panggil dia kakak. Perasan muda. Dia nampak matured woo...


Bagi Myra apa pun yang dorang panggil bukan la isu besaq pun. Kalau nak selamat tak payah la guna kakak or adik. Takot kalau tersilap ada pulak yang kecik hati.

p/s: Pernah dipanggil kakak dan jugak adik. 



Thursday, August 11, 2011

Lelaki vs Perempuan: Sape Lagi Kedekut?

9 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Memandangkan raya dah nak dekat, semua orang sibuk tengah shopping baju raya la, kuih raya la, etc. So hari nie myra nak tanya pendapat korang between Lelaki dengan Perempuan, sape lagi kedekut?


Bagi myra, perempuan nie dia ada sifat suka berbelanja. Nak cakap boros tak jugak. Ok, maybe sesetengah
orang, dia boleh dikategorikan dalam golongan boros. Kenapa myra cakap perempuan suka berbelanaja?

  1. Kalau perasan ramai perempuan bila bercerita pasal hobby, they usually said they love shopping. Pernah korang dengar laki sebut shopping as a hobby. One in a million.
  2. Kalau bukak wardrobe perempuan mesti penuh. Dengan baju la, shawl la, macam-macam lagi la. Sampai kene pakai 2, 3 wardrobe.
  3. Women usually take more than 1 hours kalau nak bershopping. Bila lebih dari 1 hours tue, kadang-kadang benda yang takde dalam checklist pun boleh dibeli. Tapi kalau lelaki, dorang akan straight ke kedai barang yang dorang nak beli, pilih punya pilih then terus balik.

Actually lelaki nie bukan kedekut, (kang marah plak dorang kat aku sebab cakap dorang kedekut) rasanya dorang nie lebih ber"JIMAT". Kalau tak berjimat mana boleh jadi ketua keluarga. Iye dok? 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...