..::Pengikut Setia::..

Sunday, August 14, 2011

Adik, Akak or Makcik...Ada Aku kesah??

Assalamualaikum.

Penat shopping semalam tak habis lagi. Sakit kaki wa cakap lu, mau tak sakit kaki habis satu Sunway Carnival Mall tu aku tawaf nak mencari baju, seluar and kasut. Maklom la nak raya kan. 

Hari nie myra bukan nak cite sal beli kasut ke, beli baju yer. Nak bercerita pasal adik, akak atau makcik. Ce tengok tajuk tue, agak tak beradab disitu ya. Sila jangan terpedaya.


Ok, straight to the point. Myra nak tanya korang sumthing, korang kesah tak if someone yang korang tak kenal especially promoter kat shopping complex or peniaga dekat kedai panggil korang kakak, padahal dia lagi tua dari korang. Hahaha. Ada yang tak kisah nak panggil adik ke akak ke kan. As long as dia panggil korang dengan cara yang berhemah. Berhemah wat kalau dia panggil korang adik or akak walaupun pada hakikatnya dia muda or tua dari korang.

Sebenarnya, orang panggil kita berdasarkan apa yang dia nampak. Kalau muka korang nampak lagi matang dari usia sebenar of coz orang akan expect korang nie lebih berumur. Ye dok? Kadang-kadang cara kita dressing pun memainkan peranan penting. Kalau dah dressing macam makcik-makcik. Takkan la nak panggil adik plak kan. Macam tak kena la plak. :)


Amek Diana Danielle sebagai contoh. Dia lagi muda dari aku. Kalau la dia tue bukan artis, aku rasa aku akan panggil dia kakak. Perasan muda. Dia nampak matured woo...


Bagi Myra apa pun yang dorang panggil bukan la isu besaq pun. Kalau nak selamat tak payah la guna kakak or adik. Takot kalau tersilap ada pulak yang kecik hati.

p/s: Pernah dipanggil kakak dan jugak adik. 



5 comments:

  1. walaupn tgk diorng mcm lagi muda, tetap pgl akak or abng.. huhu

    ReplyDelete
  2. laki panggil abang je semua.. haha

    ReplyDelete
  3. Ho-ho-ho...
    Wa tak kesah orang tu nak panggil wa apa pon...

    Musicbrilliant.com

    ReplyDelete
  4. @hamzah - segan nak pgl abg kalau dia lelaki...hahahaha :)

    @mar - hahaha..bgus tp jgn panggil dengan panggilan yg x elok sudah...kan??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...