..::Pengikut Setia::..

Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya vs Sms Raya

Assalamualaikum.

Hari nie dah nak masuk hari ke 25 kita berpuasa. Kuih raya, baju raya semua dah siap ke?? Kalau dah siap bagus la, kalau tak siap lagi cepat-cepat la siapkan. :)

Tahun nie sekeping kad raya pun Myra tak dapat. Sadis kan? Sekarang ni susah sangat nak dapat kad raya. Dulu time sekolah selalu jugak dapat kad raya., tapi sekarang nie, nak dapat 5 keping pun susah. Yela zaman dah maju, kenapa kita nak susahkan diri tulis panjang lebar atas kad tue sedangkan kita boleh taip mesej and -terus hantar kepada receiver. Tak perlu susah-payah nak pegi pejabat pos, beli setem. Ye dok?


Tapi bagi Myra kad raya nie ada nilai sentimental dia yang tersendiri. Walaupun cara nie macam agak kuno, tapi kad raya nie tahan lama. Lain la kalau korang simpan kat tempat yang penuh anai-anai, lepas tue kad tue kena makan anai-anai. Hantar sms memang la cepat, satu sms boleh hantar kat semua orang yang ada dalam phone book tue, tapi berapa lama sms tue ada dalam inbox seseorang kita tak pasti. 


Well, tak kisah la apa jua bentuk ucapan raya yang korang bagi kat Myra, semua akan Myra hargai. :) Kad ke sms tak penting, bagi Myra setiap ucapan yang dihantar merupakan tanda ingatan dorang kat kita. Terharu bila ada orang ingat kat kita. :)

Kesempatan nie Myra nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers blog nie. :)


Nie duit raya korang. Jangan boros tau. :)



6 comments:

  1. dude aku kasi ape kad raye.siap berlagu lagi :)

    ReplyDelete
  2. @sarah - selamat hari raya... :)

    @lilmiss - hek eleh dalam fb je pun...

    ReplyDelete
  3. ha'ah lar,.aku pon da lme da xdpt kad rye nie,.pe kte ko bgi aku 1 weh,.hik2

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari raya
    Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  5. merdeka! merdeka!! merdeka!!!
    salam aidilfitri :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...