Follow Us @myr_amyra

Tuesday, October 18, 2011

Eksaited nak KONVO.. (entry pendek tanpa gambar)

2:02 PM 9 Comments
Assalamualaikum.

Hello readers. Agak lama Myra menyepi. Huhuhu. Bukan apa sibuk dengan aktiviti sebelum konvo. Tinggal seminggu je lagi nak konvo. Akhirnya penantian Myra selama 3 tahun akan berakhir. 

Alhamdulilah. Semua dah settle. Jubah dah amek, baju, kasut untuk konvo dah pun ada. Tinggal nak naik atas pentas terima ijazah je. Over kan? Bukan selalu merasa konvo nie. Dulu belajar kat matrix mana ada konvokesyen. Baru sekarang la nak merasa. 

Ok tue ja Myra nak update..

p/s: Eksaited nie.. :)


Saturday, October 8, 2011

49 days

10:20 PM 10 Comments
Assalamualaikum.

Hello readers. Agak lama myra x update blog kan. Well banyak benda yang  menyerabutkan kepala terjadi. Rasanya hati nie pun belom betul-betul pulih lagi. Lupakan citer and masalah hati dulu, nanti ada masa, Insyaallah Myra citer.

Actually Myra nak kongsi dengan korang citer korea yang skang nie Myra tengah follow dengan jayanya. 49 Days. Bagi Myra citer nie lain dari citer korea yang selalu kita tengok. Sedih. Myra rasa bagi yang nakkan kelainan boleh la tengok citer nie. 


Sinopsis
Seorang wanita muda yang bernama Ji Hyun menikmati kebahagiaan mutlak kerana dia akan berkahwin dengan tunangnya, tetapi kehidupan yang sempurna dimusnahkan dalam kemalangan kereta yang telah menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma. Beliau diberi peluang kedua oleh malaikat maut,tetapi ia datang dengan syarat: dia untuk mencari tiga orang luar selain keluarganya yang akan menangis air mata yang tulen untuk dia. Dalam usaha untuk berbuat demikian, dia meminjam badan Yi Kyung, seorang pekerja sambilan di sebuah kedai.

Nak tengok atau download? klik sini
Myra tak sure link Myra bagi nie ok ke tak. Sebab Myra x tengok kt sini. Myra tengok cd. 
Sorry kalau Myra bagi link yang broken. :(