..::Pengikut Setia::..

Friday, November 18, 2011

Day 16 – Something you don’t leave the house without.

5 dah "bash" Myra
 Assalamualaikum.

Hello readers. Since dah lama sangat tak update blog and tak tahu apa nak update hari nie Myra terasa nak sambung balik 30 Days Challenge yang dah lama di"anak tiri"kan.

Something you don’t leave the house without.
 Of course my Hanbang. :)

Apa yang ada dalam Handbag?
 1. Purse. Walaupun takde duit purse tetap kena bawak.
 2. Noteboook and Pen. Senang nak catit kalau terjumpa iklan kerja kosong.
 3. Recycle bag. Yang nie bekalan kalau shopping hari Sabtu.
 4. Perfume, Lipbalm, Compact Powder
 5. Last but not least, Handphone.

p/s: Itu saja buat masa nie. Kbai. :)

Wednesday, November 2, 2011

Oii Oii.. Aku Kena Tag Daa..

7 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Malam nie mood agak baik sikit. Sebab tue agak rajin nak menjawab tag adik manis hunny bunny busyuk nie. Tapi Myra tak mampu untuk create 11 question to another people. Aci tak macam tue? Boleh la yer sayang. :)

11 things about me.
- Nama penuh Nur Amira Binti Roslan
- Berumur 22 tahun
- Sangat gilakan polka dots
- Purple lover
- Takut kucing dan sangat fobia dengan ular
- Sangat sukakan coklat
- Gilakan games
- Kaki online
- Tak suka roses
- Saya cacat sebab saya ada dimple
- Simple

Dah settle part 1. Sekarang nak move to another part plak. Part 2. Soalan yang diajukan oleh adik manis kita nie. Jeng jeng jeng. :)

1. Suka dengar lagu apa?
Sangat gemarkan lagu-lagu Faizal Tahir dan Bruno Mars. 

2. Rapat dengan mak/ayah?
Dua-dua rapat. Both of them akan tau my problems termasuklah problem ngan boyfriend.

3. Adik-beradik berapa orang?
Ada 4. Myra yang sulung.

4. Suka pakai baju colour apa?
Kalau t-shirt banyak warna Hitam. Kalau baju kurung banyak warna Biru and Purple

5. Lebih suka seluar jeans/ track bottom?
Jeans.

6. Tak suka makan apa?
Ermm. Semua makan. Tolak batu and kayu serta benda yang tak boleh makan. :)

7. Makan ikut pemakanan seimbang tak?
Jujurnya TAK. :)

8. Selalu ke update blog?
Kadang-kadang. Ikut mood.

9. Lebih suka lumba lari/ lompat tinggi/ lompat jauh?
Lompat jauh kot. Lebih minat aktiviti seperti bola jaring.

10. Lebih suka aircond/kipas?
Kipas. Kalau kena aircond nanti hidung tersumbat.

11. Lebih sayang handphone/camera?
Dua-dua Myra sayang. :)



Tuesday, November 1, 2011

Pasangan Pilihan

8 dah "bash" Myra
Assalamualaikum.

Hello readers. Agak lama Myra menyepikan diri. Merajuk dengan dunia blogging yang semakin kejam. Tipu jer. Actually 3 weeks ago bb Myra kena barred sebab dah 2 bulan tak bayar. Hahaha guna pandai bayar tak reti. :)

Aktiviti sebelum dan selepas konvo semua dah settle. So sekarang ada banyak masa untuk terperuk depan lappy update blog sambil cari kerja. Btw ada jugak 2 3 orang kawan Myra yang bercadang nak mendirikan masjid lepas officially bergelar graduan. Tahniah kepada diorang. :)


Cakap pasal kawen nie of coz kita nak kawen ngan pasangan pilihan kita. Setiap orang mempunyai taste and pilihan yang berbeza-beza. Teringat zaman Myra masih lagi di bangku sekolah. Kalau orang tanya macam mana ciri-ciri husband yang Myra nak dengan lajunya Myra akan cakap mesti la kena ada 3C. Apa 3C tue??

1- Career


Sangat penting bagi seorang perempuan untuk memilih lelaki yang mempunyai pekerjaan yang tetap. Bukan nak demand, tapi diorang yang bakal tanggung makan pakai kita dan anak-anak. 

2- Cash


C yang kedua ialah cash. Tak perlu la duit berkepuk-kepuk baru nak kawen. Cukup sekadar dapat bayar duit hantaran and dapat menampung hidup lepas dah kawen. Kalau takde cash macam mana korang nak kawen? Iye dok?

3- Cars/Condo



C yang terakhir nie bagi Myra tak berapa nak penting sangat. Kalau ada alhamdulilah. Kereta tue tak perlu la kereta mahal-mahal yang mampu membuat mata setiap manusia terbeliak setiap kali meluncur  laju atas jalan. Dah ada kereta kancil pun memadai dah. Macam tue jugak dengan Condo atau rumah. Tak perlu yang mewah.

Bunyinya macam Myra nie seorang yang tersangat demand kan?? Bak kata ayah Myra kita kalau nak pilih calon biarlah yang boleh sara kita, takkan kita nak sara dia plak. Btw Myra tak memilih dalam soal pasangan nie asalkan dia kuat pegangan agama, hormat orang tua, tahu jaga hati pasangan dia dan orang lain dan jugak tahu tanggungjawab dia tue dah memadai. Soal rupa paras semua tolak tepi. Tapi kalau boleh nak sidia lagi tinggi dari Myra.

Semoga korang berbahagia dengan pasangan pilihan korang.. :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...