Bye 2013, Hello 2014..

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Chop. Ada lagi ke readers yang baca blog Myra nie? Hope still ada yang sudi membaca. Rasanya belum terlambat untuk Myra ucapkan Happy New Year. 

Setahun lebih Myra tinggalkan dunia blogging. Dalam masa setahun banyak ups and down yang Myra lalui. Bukan merajuk apatah lagi melarikan diri, cuma memberi masa dan ruang untuk diri sendiri kembali tenang pada masa yang sama belajar untuk jadi yang lebih baik.

Tahun 2013, merupakan tahun yang agak mencabar. Usia semakin meningkat, ramai yang mula bertanyakan soal perkahwinan, soal mempunyai aset sendiri, dan macam-macam lagi persoalan yang hanya mampu dijawab dengan senyuman. Siapa yang tak nak berkahwin, tak nak ada harta sendiri dan sebagainya, tapi sebagai insan yang baru nak menapak, yang baru keluar melihat dunia, biarlah Myra merangkak dulu untuk semua benda nie.

Tahun 2013 juga antara tahun yang banyak ujian yang Myra tempuhi. Baik dari segi pekerjaan sampailah percintaan. Mengganggur untuk satu jangka masa yang lama tanpa sebarang pendapatan, bekerja macam buruh kasar tapi gaji sikit kemudian mengganggur balik. Alhamdulilah, Myra diberikan rezeki walaupun terpaksa merantau di tempat orang. Kemudian bercinta pulak dengan suami orang yang mengaku single. Ya Allah, hanya Allah swt je tahu macam mana rasanya bila dapat tau, sidia tue suami orang. Banyak yang Myra belajar sepanjang 2013. 

2014 adalah tahun yang penuh pengharapan. Tahun yang Myra harap dapat bagi kebahagian buat Myra, keluarga dan jugak kawan-kawan. Siapa tahu, 2014 Myra akan melangsungkan perkahwinan. Kita hanya merancang, Allah swt yang menentukan. 


Selamat Tahun Baru. 
Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mula dengan buku yang baru. :)



Bye 2013, Hello 2014.. Bye 2013, Hello 2014.. Reviewed by Migha on 3:36 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.