Follow Us @myr_amyra

Sunday, September 13, 2015

Realiti Zaman Sekarang...

3:01 AM 2 Comments
1)  Member mesej ajak lepak, malam minggu la katakan. OK semua pakat bersetuju. Sampai kat tempat kejadian, kau "belek" Iphone kau, dia sibuk dengan tab dia, aku tenung hp aku.. Sudahnya yang kedengeran cuma bunyi cengkerik.. Krikk Krikk Krikk..



2)  Aku pergi kenduri, bilamana majlis kenduri sederhana dan ala kadar, aku terdengar ada mulut jahat berkata "Nie mesti takde bajet, tue yang buat majlis kecik je". Bilamana aku ke majlis kenduri yang grand, mewah dan kemain besar majlisnya, terdengar pulak "Ala ini nak tunjuk yang dorang nie banyak duit. Kan bagus kalau bersederhana". Jadah...

3)  Takde lagi budak-budak main gasing, guli, teng-teng, rounders. Yang ada skang sibuk main Candy Crush, Subway Surfers, GTA dan segala macam video games. Tak fun langsung. Cuba bawak bersosial dan berkawan sikit.


4)  Semua kerja kau jadi mudah sebab adanya internet. Dengan internet kau boleh shopping online, tak payah kau susah-susah keluar rumah beratur panjang dekat kaunter bagai. Kau jugak boleh google je assignment yang lecturer kau bagi semalam. Copy & Paste. Taadaaaa siap, esok boleh hantaq.

5)  Bila yang cerdik nampak macam orang bodoh, tapi yang sebenarnya bodoh nampak seolah-olah cerdik pandai hanya sebab si bodoh kaki kipas. 

Malas nak pikir lagi. Kbai.


Thursday, August 27, 2015

Aku Cuba...

11:06 PM 2 Comments
Aku bukak laptop, cucuk broadband. Yaaa aku akui aku agak ketinggalan sebab kebanyakkan orang sekarang pakai wifi. Abaikan. Lalu aku bukak blog sampah aku yang berhabuk. Baca entry lama, mengalir air mata. Malu rasanya. Bukan apa, terasa keanak-anakkan. Lalu aku cuba taip entry nie. Dengan gaya yang berbeza. Yaa.. Aku cuba. Mungkin tak berjaya. Lantaklah. Idea mati disini. Sudahlah. Berhentilah.

Tuesday, January 27, 2015

Bila Kau Jadi "Boss Segera".....

2:23 PM 1 Comments
Dah korang tak payah nak buat muka pelik sambil garu kepala kenapa tetiba aku update blog. Blog aku, aku punya suka la bila masa aku nak update pun. Aku malas nak melalut panjang-panjang. Nanti ada masa aku cerita dekat engkorang mana aku menghilangkan diri. Sekarang yang penting aku nak mula berhujah.

"Boss Segera" nie aku kategorikan boss yang memang sejak azali lagi dia dah pegang title boss. Jadi boss bukan dengan kenaikan pangkat, senang cite macam nie la, kau anak orang kaya and bapak kau ada syarikat sendiri, at the end kau kena take over business bapak kau, itu aku panggil "Boss Segera". Paham tak? Kalau tak paham nanti contact aku, and aku akan explain panjang lebar. Aku bukan nak mengutuk atau mengata, tapi apa yang aku perhati most of "Boss Segera" nie perangai dia lain macam sikit. Yes, bukan semua tapi "kebanyakkan".

Bila kau jadi "Boss Segera" ataupun "Boss" aku rasa ada beberapa perangai yang perlu kau elakkan. Duduk bersila dan sambung pembacaan anda untuk lebih lanjut.


1. Lagak
Ya aku tau kau sekarang dah jadi boss. Boss yang baik tak akan sombong dengan pekerja dia. Tak guna kau nak bongkak, riak, takbur bagai sebab itu yang buatkan staff kau menyampah. Sudahlah staff kau nanti menyampah dengan kau, hari-hari kau kena kutuk berbakul-bakul. One more thing, tak luak pun kalau kau buat baik dengan staff ko tue sebab bila kau buat baik dengan staff, staff akan seronok nak bekerja, maka tempoh dorang bekerja akan berpanjangan mungkin sampai 3-4 tahun, so dekat situ dah kurang turnover staff dan korang dah boleh jimat wang dan masa cari new staff.



2. Kepercayaan
Bagi aku benda nie sangat penting. Trust. As a boss kau patut percaya staff kau nie mampu buat kerja, boleh diharap. Kalau kau tak berapa percaya sangat dengan staff kau pun jangan la tunjuk sangat. Kau ingat orang suka sangat ke bila dapat tau orang tak percaya dekat dia. Itu belum kira "micromanage" lagi.

3. Favoritism
Nie pun masalah besar. Orang yang kau suka tue seronok la tapi yang kau tak suka tue? Come on la, boss yang bagus adalah boss yang menilai pekerja dia dari segi prestasi bukan dari segi dia baik dengan kau maknanya dia suka kau kalau dia tak baik dengan kau tandanya dia benci kau selalu kutuk kau. "Double Standard" benda yang kau akan selalu jumpa tak kira la dekat mana pu kau pergi mesti ada.


Aku malas nak hurai panjang lagi. Aku tau tak semua ada masalah dengan boss dorang. But this is reality yang kuli macam aku kena hadap. 




p/s : Tak bermakna boss aku nie "Boss Segera" dan perangai serupa diatas. Ekceli aku tengah mengantuk. Kalau dapat power nap nie power jugak.