Follow Us @myr_amyra

Wednesday, December 21, 2016

Cita-cita

6:04 PM 1 Comments
Assalamualaikum.

2 minggu lepas aku berjaya kidnap anak member aku. Sepanjang perjalanan nak ke rumah aku macam-macam la yang diborakkan. Dari topik yang merapu sampailah topik yang agak berat. Tapi ada satu benda yang menarik "CITA-CITA". 

Budak-budak nie bercerita yang cita-cita dorang kerap berubah-ubah. Masa umur 8 tahun nak jadi Bomba la, Doktor la. Tetiba masuk tingkatan 3 dah berubah nak jadi Saintis la pulak. Ehhh.. itu standardlah dik. Engkorang tak tau Kak Migha engkorang nie dah berapa kali tukar cita-cita. Sampai ke hari nie cita-cita tue bertukar-tukar.

Dulu masa aku tadika, aku ingat lagi bila mak ayah/ cikgu tanya nak jadi apa aku cakap aku nak jadi Doktor. Kenapa? Masa kecik-kecik kita selalu disogokkan dengan kata-kata "Belajar pandai-pandai, nanti besar boleh jadi doktor". Yaa aku mudah terpengaruh.


Dah elok-elok nak jadi doktor, tetiba aku berubah fikiran nak jadi pelakon. Tak silap aku masa nie aku umur 9 tahun (Darjah 3). Yang nie aku tak boleh hadam, kenapa aku boleh terpikir nak jadi pelakon. Mungkin masa tue aku rasa diri aku cantik kot, tue yang berangan nak jadi pelakon. (Masih tak boleh hadam. Why??)


Masuk je darjah 5 , cita-cita aku berubah dari pelakon kepada pilot. Aku tak pasti kenapa Pilot. Mungkin pengaruh TV. Yaaa..masih lagi dengan sifat mudah terpengaruh. Budak-budak lagi kan. Maafkanlah aku.


Cita-cita as pilot tue bertahan sampai la aku masuk tingkatan 3. Lepas PMR, aku sedar yang aku nie suka bercakap, apatah lagi berdebat. So, masa tue aku rasa Peguam adalah pekerjaan yang selayaknya untuk aku. Walaupun masa form 4 - 5 aku budak aliran Sains, sikit pun tak terdetik di hati nak jadi doktor balik sebab result Biologi aku teruk nokhorom. Malu nak cite.


Berbekalkan result SPM yang tak seberapa, aku dapat masuk U, kos business. Masa tue aku dah bercita-cita nak jadi seorang CEO (walaupun bapak aku takde company sendiri). Trust me yang nie pun berpunca dari pengaruh drama melayu. Ye la drama melayu kan banyak sajikan kita dengan cerita orang kaya berjaya. 


Dari satu cita-cita ke cita-cita yang lain. Dalam masa proses pembelajaran aku berapa banyak kali aku tukar cita-cita. Sudahnya, hari nie aku hanyalah seketul "Kulikutive". Bekerja as Executive biasa. Takpelah aku bersyukur. 

TAPI....

Cita-cita aku tak berhenti kat situ jer. Aku masih lagi bercita-cita untuk pegang title Manager or Head before aku reach age 35 years old. Tapi bila dah dekat nak kawen nie aku bercita-cita nak jadi surirumah la pulak. Penat dah nak kerja.

Well, apa pun yang kita impikan dan idamkan, kita kena usaha. Cita-cita tue yang menjadi tujuan hidup dan demi mencapai cita-cita kita kena usaha. Insyallah. 

P/s : Belum lagi cerita cita-cita aku nak pakai kereta, rumah apa. Panjang berjela la kalau aku nak cerita semua.


Friday, December 9, 2016

#MighaCariMakan: Banngkok Street Food, Setapak

1:23 PM 4 Comments
Assalamualaikum. 

Post nie khas buat penggemar makanan Thai. 

Tujuan sebenar ke area Setapak 2 minggu lepas, sebenarnya nak mencari kedai makan yang sesuai dengan orang sakit gigi (akulah tue). Padahal dekat area Setapak Central mana ada kedai makan yang jual bubur nasi. Ntah kenapa la aku kesana. Abaikan. 

Since dah sampai, aku dengan D terus cari parking. Malas nak pikir banyak sebab dekat area Setapak Central tue pun banyak kedai makan yang menarik. Along the way from parking nak masuk ke Setapak Central, macam-macam kedai makan yang kitorang lalu, dari Flaming Steamboat sampailah ke kedai mamak. Semua ada.

BUT..

Kitorang terjumpa satu kedai makan yang agak baru dan menarik. 

Taaadaaaa
Nampak menarik dan Hipster kan? So this is 

BANNGKOK STREET FOOD

Nampak cozy and nice kan? Atmosphere dia memang menarik and we both choose untuk duduk dekat luar je. Baru je duduk, waiter dah sampai with menu. Customer Service dia memang bagus. Sangat berpuas hati.




Agak lama jugak kitorang pikir nak makan apa sebab banyak choices of food especially Tom Yam. Rambang mata ahkak. 




Dari Tomyam merah sampai la ke Tomyam putih semua ada. Percaya tak kalau aku cakap aku menaip entry nie sambil telan air liur. Lapaq. 

Well lepas bincang punya bincang, kitorang decide untuk order Nam Sai Seafood (Tom Yam merah) dengan Udang Petai Cili. Aku lupa nama dia dalam menu. Maafkanlah. Drinks, macam biasa la Thai Tea for D and Thai Green Tea untuk aku.





Honestly, apa yang kitorang order memang sedap. They have the real Thai taste. Pedas, dan cukup rasa. It was good. D yang bukan penggemar Tom Yam pun cakap the food was nice and sedap. RECOMMENDED

 Overall aku dengan D sangat berpuas hati. 
 * Food Sedap
* Harga Berpatutan
* Good Customer Service

Korang boleh cari FB dorang BANNGKOK for more review. 
 

Cukup untuk kali nie.

BYE.





Thursday, December 8, 2016

Big Bad Wolf (BBW) Mengganas Lagi

6:21 PM 2 Comments
Assalamualaikum.
 
Sejam aku terkebil-kebil depan notebook, memikirkan apa aku nak taip. Actually takde la rajin sangat nak mula blogging balik, tapi lepas kena "BODO" dengan Jean Gallyot dan Ayue plak suruh update je blog walaupun post SAMPAH aku gagahkan jugak. 

Enough merapu panjang lebar.

Sebagai seorang penggemar buku dan pencinta novel, aku antara orang yang paling tak sabar bila "Big Bad Wolf" announce there'll be a book sale start 9 - 19 Disember 2016 dekat MIECC. And paling excited is they open 24 hours. Hah. Boleh la aku pi membeli belah buku pakai baju kelawar. 


Aku mula follow BBW(Big Bad Wolf) Book Sale nie since 2013 and harga buku dia tak pernah naik. Trust me you wont regret spending your money there. Its worth it babe. Even sampai ada 1 masa aku terjebak dengan aktiviti personal shopper tiap kali BBW untill aku kena remove as admin (kena remove sebab orang dah taknak kawan) Actually I dont even know why. Lantaklah. Aku tak kisah.

Percayalah semua nie harganya tak sampai RM100 sebab 1 buku kau boleh dapat dengan harga RM3 - RM10
 
Aku harap this year aku dapat borong sakan dekat BBW walaupun pada hakikatnya 70% dari buku yang aku beli 3 tahun lepas masih tak baca.

OK. Nak balik korek tabung. 

BYE.