Follow Us @myr_amyra

Wednesday, December 21, 2016

Cita-cita

Assalamualaikum.

2 minggu lepas aku berjaya kidnap anak member aku. Sepanjang perjalanan nak ke rumah aku macam-macam la yang diborakkan. Dari topik yang merapu sampailah topik yang agak berat. Tapi ada satu benda yang menarik "CITA-CITA". 

Budak-budak nie bercerita yang cita-cita dorang kerap berubah-ubah. Masa umur 8 tahun nak jadi Bomba la, Doktor la. Tetiba masuk tingkatan 3 dah berubah nak jadi Saintis la pulak. Ehhh.. itu standardlah dik. Engkorang tak tau Kak Migha engkorang nie dah berapa kali tukar cita-cita. Sampai ke hari nie cita-cita tue bertukar-tukar.

Dulu masa aku tadika, aku ingat lagi bila mak ayah/ cikgu tanya nak jadi apa aku cakap aku nak jadi Doktor. Kenapa? Masa kecik-kecik kita selalu disogokkan dengan kata-kata "Belajar pandai-pandai, nanti besar boleh jadi doktor". Yaa aku mudah terpengaruh.


Dah elok-elok nak jadi doktor, tetiba aku berubah fikiran nak jadi pelakon. Tak silap aku masa nie aku umur 9 tahun (Darjah 3). Yang nie aku tak boleh hadam, kenapa aku boleh terpikir nak jadi pelakon. Mungkin masa tue aku rasa diri aku cantik kot, tue yang berangan nak jadi pelakon. (Masih tak boleh hadam. Why??)


Masuk je darjah 5 , cita-cita aku berubah dari pelakon kepada pilot. Aku tak pasti kenapa Pilot. Mungkin pengaruh TV. Yaaa..masih lagi dengan sifat mudah terpengaruh. Budak-budak lagi kan. Maafkanlah aku.


Cita-cita as pilot tue bertahan sampai la aku masuk tingkatan 3. Lepas PMR, aku sedar yang aku nie suka bercakap, apatah lagi berdebat. So, masa tue aku rasa Peguam adalah pekerjaan yang selayaknya untuk aku. Walaupun masa form 4 - 5 aku budak aliran Sains, sikit pun tak terdetik di hati nak jadi doktor balik sebab result Biologi aku teruk nokhorom. Malu nak cite.


Berbekalkan result SPM yang tak seberapa, aku dapat masuk U, kos business. Masa tue aku dah bercita-cita nak jadi seorang CEO (walaupun bapak aku takde company sendiri). Trust me yang nie pun berpunca dari pengaruh drama melayu. Ye la drama melayu kan banyak sajikan kita dengan cerita orang kaya berjaya. 


Dari satu cita-cita ke cita-cita yang lain. Dalam masa proses pembelajaran aku berapa banyak kali aku tukar cita-cita. Sudahnya, hari nie aku hanyalah seketul "Kulikutive". Bekerja as Executive biasa. Takpelah aku bersyukur. 

TAPI....

Cita-cita aku tak berhenti kat situ jer. Aku masih lagi bercita-cita untuk pegang title Manager or Head before aku reach age 35 years old. Tapi bila dah dekat nak kawen nie aku bercita-cita nak jadi surirumah la pulak. Penat dah nak kerja.

Well, apa pun yang kita impikan dan idamkan, kita kena usaha. Cita-cita tue yang menjadi tujuan hidup dan demi mencapai cita-cita kita kena usaha. Insyallah. 

P/s : Belum lagi cerita cita-cita aku nak pakai kereta, rumah apa. Panjang berjela la kalau aku nak cerita semua.


1 comment: