Follow Us @myr_amyra

Wednesday, October 11, 2017

Journey To Mrs D: Busana Pengantin dari Chenta Bridal House

5:07 PM 3 Comments
Assalamualaikum.

Hello Readers.

Sejujurnya Migha akui entry nie dah lama terperuk dan terperap kat dalam draft. Busy sangat la kononnya. Tapi rasanya tak terlambat lagi kot kalau Migha nak kongsikan dengan korang dari mana Migha sewa baju pengantin masa majis hari tu.

Sebenarnya plan asal Migha cuma nak cari baju kurung biasa tapi yang vogue la sikit. Ala dekat area Masjid Jamek or Jalan TAR tue banyak je kedai yang ada jual. Tak pun tengok je dekat First Lady. Lepas survey and tengok harga dia tak lari dari RM200-RM300, Migha simpan dulu niat nak beli baju tue. Sebabnya akan ada 3 majlis yang berlainan-  akad nikah, sanding dan bertandang. So kalau kira balik 3 majlis tu kena beli 3 pasang baju kurung, dekat situ dah habis RM600 tue belum masuk lagi baju melayu pengantin lelaki. Bab baju nie memang lama betul Migha pikir sebab Migha tau susah sebenarnya nak cari baju yang bersaiz besar tambah pulak masa nie tinggal 2 bulan sebelum majlis. Memang takut kalau ke butik pengantin baju yang berkenan dan padan dengan saiz Migha dah penuh ditempah. Masa nie memang positif habis dan gigih google butik pengantin yang ada sekitar Sungai Petani. Syukur alhamdulillah Migha ada jumpa 2,3 butik yang harga tak melebihi bajet Migha. Masa tue Migha bajet tak lebih dari RM1000 untuk 3 pasang baju. 

Migha balik kampung masa bulan puasa, and start hunting butik-butik yang Migha dah survey awal-awal sebelum nie. Masa nie memang dah siap information berapa harga promosi dan pakej yang murah. 1st butik yang Migha pegi masa tu Chental Bridal House sebab pakej dia yang paling murah antara yang lain. Masuk je butik, Migha terus tanya "Baju mana yang sesuai untuk badan macam saya?" hahah. Masa nie tak confirmkan harga lagi tapi pi tanya dulu ada baju saiz besar tak
Chenta Bridal House
Baju-baju pengantin dekat butik nie memang cantik, malangnya untuk Migha sebab kebanyakkan yang Migha berkenan tu standard size. Sebab tu la orang suruh diet sebelum kawen, kan dah susah nak pakai baju pengantin yang cantik. Hahaha. Staff-staff dekat butik nie pun sangat peramah dan membantu. Mulanya Migha ingat baju-baju dekat situ tak boleh cuba sebelum confirm and bayar deposit. Rupanya boleh je kalau customer nak cuba dulu, So bermulalah episod Migha mencuba baju-baju pengantin. Kebanyakkan baju yang Migha try Migha tak berkenan and ada 2 3 pasang baju yang saiz besar tapi dah di”alter” sebab ada bakal pengantin lain nak pakai. Sudahnya, dengan hanya berpandukan pendapat staff-staff dekat sini Migha booked 3 pasang baju which 2 pasang baju tue Migha tak try langsung. Berkali-kali jugak Migha tanya dorang “Muat ke saya nak pakai?” sampai berbuih mulut staff tue yakinkan Migha yang baju tu memang muat untuk Migha. Yela, dorang yang jahit, so dorang tau la kapasiti baju pengantin tu.


Dah puas hati dengan pilihan Migha, baru Migha tanya harga untuk pakej yang Migha ambil nie.Syukur Alhamdulillah, harga pakej nie sama dengan apa yang Migha tengok masa survey dekat Facebook sebelum nie.Pakej yang Migha ambil nie harganya RM800. Korang boleh tengok details pakej nie dekat bawah.

*RM 800
3x Makeup
3 pasang Baju Sanding L&P (sedia ada)
FREE!!
Aksesori L&P
Kasut Perempuan
Bunga Tangan
*p/s harga mungkin dah berubah yer. 

Migha cuma ke butik tu 2 kali je sebelum final fitting untuk majlis – 1st masa buat booking, 2nd time pi masa lepas raya untuk ambil ukuran. Masa 2nd time nie Migha sempat try baju sanding dan Migha buat keputusan untuk tukar baju bertandang dari Jubah Dress kepada baju songket purple. Tapi, Migha still tak dapat try baju nikah sebab masa nie ada orang pakai. Baju nikah nie yang buat Migha susah hati sangat sebab baju tue memang Nampak kecil dan tak muat dengan Migha dan takut nampak gemok bila pakai baju tu. Masa tue memang pasrah dan redha je.


2nd visit untuk ambil ukuran badan
Sehari sebelum majlis, Migha pi balik butik untuk final fitting and ambil baju. Yaaay, semua baju untuk majlis esok dah siap alter dan cantik sangat. Memang puas hati la sebab cantik dan tak nampak gemuk pun.
Baju Nikah

Baju Sanding
Majlis Bertandang
Since baju nikah tue Migha pakai sekejap sangat sebab nak tukar untuk majlis sanding, Migha pakai balik waktu malam untuk bergambar dan potong kek. Dalam banyak-banyak baju, Migha suka yang baju biru tue sebab dia ada extension kain meleret kat belakang tue (tak tau nak panggil apa sebenarnya). Secara keseluruhannya memang Migha puas hati dengan baju pengantin yang Migha sewa dari Chenta Bridal House. Semuanya cantik-cantik. Sampaikan ke hari nie tak boleh nak "Move On" lagi. Kihkihkih.

Bagi bakal pengantin sekitar Sungai Petani yang tengah mencari idea or survey butik mana best, korang boleh tengok dekat Chenta Bridal House. Korang boleh terus ke butik or FB page untuk maklumat lanjut.


Chenta Bridal House.
👉197 tingkat 1, Jalan BPJ 1 / 2, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. 

Facebook: Chenta Bridal House, Sungai Petani
IG : chentabridalhouse_sp


Cukup buat kali nie. Kalau Migha tepek banyak-banyak gambar nanti korang muak pulak. Cukuplah dekat IG penuh gambar kawen.

Bye.

Migha









Friday, September 22, 2017

Relax Dan Rehat Di Dorsett Grand Subang

1:32 PM 6 Comments
Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah dan Selamat Bercuti.

Amboi seronok betul Migha bila dapat cuti hujung minggu yang panjang sikit nie. Ye la bukan apa boleh la jugak plan bercuti sekejap walaupun dekat-dekat je, ala macam yang orang putih selalu cakap "Short Gateway" tue. Sebenarnya Migha bercadang untuk relax dan chill dekat area Subang. Ye la dekat je dengan Kuala Lumpur, tak payah nak pergi jauh pun. Setelah puas mencari dekat hotel mana yang best untuk Migha stay, taaraaaa Migha dah buat keputusan untuk relax dan chill di Dorsett Grand Subang. Memang hotel nie agak mahal, ye lah 5 bintang kan. Tapi bukan selalu nak manjakan diri setelah penat, tunggang terbalik keje, lagipun boleh la Migha anggap trip nie sebagai Honeymoon Trip. Hotel nie terletak di tengah-tengah Subang Jaya dengan menawarkan bilik dan suite yang mewah di city's most upscale entertainment, shopping district dan tourist attraction. Dengan hanya 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar Antarabangsa Sepang. Kalau korang memandu dari Kuala Lumpur City Centre, ianya hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke hotel.

Dorsett Grand Subang
Dorsett Grand menawarkan 478 bilik dan suite yang serba lengkap dengan dekorasi moden kontemporari dan menawarkan panoramic view of Kuala Lumpur City Centre yang awesome. Pihak hotel menyediakan beberapa jenis bilik hotel antaranya ialah, Executive Suite. Bilik serba eksklusif ini mempunyai sebuah dapur kecil dan ruang tamu yang sangat selesa. Tambahan pula korang boleh access ke Premier Lounge. Keluasan bilik nie lebih kurang 67 meter persegi. Selain itu, Dorsett menawarkan bilik Junior Suite. Bilik ini mempunyai bilik tidur berasingan, lounge yang super-duper selesa, ada work area dan dapur kecil. Keluasan bilik lebih kurang 61 meter persegi.

Executive Suite
Junior Suite

Untuk bilik jenis Club pula mempunyai reka bentuk moden menyediakan katil king saiz dan juga work area. Bagi mereka yang book bilik nie akan dapat access percuma ke Premier Lounge. Bilik Deluxe yang sangat stylish mempunyai work area, katil yang selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan. Dan yang terakhir ialah Dorsett Room yang berkeluasan 25 meter persegi. Walaupun agak kecil kalau nak banding dengan bilik yang lain tapi korang masih selesa dan tenang berada di bilik nie.

Club Room
Deluxe Room
Dorsett Room
Jom tengok facilities yang ada dekat hotel awesome nie. Wahh, korang boleh relax dan bersantai di kerusi sepanjang tepi swimming pool sambil menikmati landskap yang indah. Kolamnya agak besar dan berasingan dengan kolam kanak-kanak. Waktu beroperasi dari pukul 7am hingga 8pm je yer. Jangan pulak pegi mandi lepas tu, mau kena sound dengan guard nanti. Selain itu korang boleh manjakan diri di Tanjung Wellness Spa. Yang nie memang Migha suka, boleh hilangkan segala stress keje, disamping segarkan minda dan badan. Bagi yang menginap di Dorsett hotel nie, korang boleh dapat diskaun 20%.

Swimming Pool

Tanjung Wellness Spa

Tadi Migha ada cakap bagi yang book Club Room dan Executive Suite, dorang boleh akses ke Premier Lounge kan. Haa, Premier Lounge terletak di tingkat 16, dimana korang boleh menikmati view of Kuala Lumpur's breathtaking skyline. Dekat sini, korang boleh menikmati buah-buahan, sarapan percuma dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Selain itu, korang boleh minum kopi, teh dan jus buah-buahan sepanjang hari. Bagi yang nak menikmati koktel, boleh datang dari pukul 5 pm sampai 7.30 pm. Yang menariknya korang diberi 2 jam percuma untuk Guna Dewan Besar Premier tapi sebelum tue kena buat tempahan dulu yer. Kalau nak guna komputer desktop juga diberi percuma. Banyak kan kemudahan dekat sini. Berbaloi la dengan harga bilik.


Premier Lounge
Bagi yang suka bersenam, korang jangan lepaskan peluang pergi ke Clark Hatch Fitness Centre. Macam-macam peralatan yang boleh dicuba. Yang bestnya siap ada personal trainers yang disahkan tapi korang kena request dulu yer. Kalau korang tak bawak pakaian, jangan risau sebab dorang ada sediakan pakaian fitness untuk lelaki dan perempuan secara percuma. Ada juga tuala dan toiletries percuma untuk korang yang nak mandi selepas bersenam.

Dekat hotel nie kalau nak makan memang takde masalah sebab ada pelbagai makanan dari local sampailah international cuisine. Dorsett Grand menawarkan 4 tempat makan iaitu Restoran Terezza Brasserite. Restoran nie merupakan restoran popular untuk buffet sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Restoran Emperor pula sesuai untuk ahli perniagaan dimana dorang boleh makan dan berbincang mengenai business. Bagi mereka yang mencari makanan seperti nasi ayam, mee goreng, laksa serta macam-macam makanan tradisional boleh ke Cafe Aroma. Di Piano Lounge pula menawarkan suasana yang tenang dan selsea. Makan di sofa mewah atau kerusi yang selesa membuatkan korang borak sakan sampai tak sedar masa berlalu. Eh, boleh la kalau nak candlelight dinner kat sini nanti. Hehehe.

Terezza Brasserite
The Emperor
Cafe Aroma
Piano Lounge
Menarik kan? So, bilik mana yang menjadi pilihan korang? Nak dapatkan bilik dengan harga terendah? Jom book Dorsett Grand Subang on Traveloka segera!!! Oklah Migha pun nak pi book bilik untuk Short Gateway Migha nie. 

Enjoy your weekend!!

Bye.

Sunday, September 10, 2017

Fenty Beauty by Rihanna

6:19 PM 2 Comments

Assalamualaikum.

Hello Make-up freaks!!

Migha dapat tahu Rihanna dah keluarkan make-up line dia sendiri. Fenty Beauty dilancarkan pada 8 September lepas. Migha come across campaign dia masa tengah online Facebook last week kalau tak silap.


Personally, Migha memang tak cuba lagi produk dia nie, tapi apa yang menariknya, produk nie mengeluarkan 40 berlainan range warna untuk foundation diorang. So boleh korang bayangkan hampir setiap jenis rona kulit akan ada satu foundation yang boleh dikatakan hampir sempurna untuk kulit mereka.


Gambar ihsan Google
Migha sempat la cari dan google review dan testimonial dari diorang yang dah cuba produk nie. Kebanyakkan diorang cakap bau foundation nie best sebab ada bau macam vanilla.

Nie produk Fenty Beauty

Untuk pengetahuan korang, produk Fenty Beaty dah pun available dekat Sephora nationwide sejak 8 September lepas. Korang boleh layari laman web Sephora untuk online shopping tak pun korang terus ke Sephora berdekatan yer.

Bye.









Saturday, July 29, 2017

Happy 1st Anniversary Wardrobe Migha

8:31 PM 7 Comments
Asssalamualaikum

P/S : Ini adalah entry melekat. Sila scroll kebawah untuk entry terbaru.


Semalam genap setahun Instashop Migha beroperasi. Beri tepukan dekat Migha. Sebenarnya idea untuk mula buat business nie datang dah lama sangat tapi baru tahun lepas Migha berjaya bukak "Wardrobe Migha" nie. Pada mulanya memang takut sangat takde sambutan, tapi alhamdulillah ada la sikit income dari business nie.

Secara jujurnya Migha mula Wardrobe Migha nie dengan dropship je. Sampai sekarang pun lagi, terutamanya untuk baju-baju cuma untuk tudung or shawl Migha beli dari supplier and ada ready stock. Takpe la, mula dari kecil-kecil dulu, mana tahu nanti ada rezeki boleh kembangkan lagi sampai ada kedai sendiri lepas tue jenama sendiri. Berangan tak kena bayar duit pun kan.

Korang kalau berminat boleh la tengok singgah-singgah IG or FB Page Wardrobe Migha mana la tau kot-kot ada yang berkenan kan. 


Memandangkan dah cukup setahun nie, Migha rasa baik hati sikit nak buat "Giveaway Happy 1st Anniversary Wardrobe Migha". Pemenang akan memenangi 2 helai Shawl Heavy Chiffon - warna korang pilih sendiri dari stock yang available. Migha akan update dari semasa ke semasa warna apa yang available yer.

Antara warna yang available dekat supplier. 


Syarat penyertaan "Giveaway Happy 1st Anniversary Wardrobe Migha"

1. Korang kena like Instagram Wardrobe Migha
2. Lepas tu, Korang kena like FB Page FB Wardrobe Migha
3. Korang kena komen "Sebab apa korang nak menang"  dekat post FB/ IG yang ada gambar macam dekat bawah nie. Dan jangan lupa tag 3 orang kawan korang yer. 
4. Repost dan share post tue dekat FB or IG korang dengan #WardrobeMigha



Migha dan beberapa kawan Migha akan pilih pemenang berdasarkan komen korang dan yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan. 

Tarikh Tutup : 5hb Ogos 2017

Good Luck gais! 

Owh yaa good luck untuk Migha jugak. Semoga business Migha nie bertambah maju. Ameen.

Bye.








Tuesday, July 18, 2017

Movie: War of The Planet of The Apes

6:48 PM 10 Comments
Assalamualaikum.

Setelah beberapa lama Migha tak tengok wayang, last weekend baru sempat nak tengok wayang. Actually bukan tak sempat tapi lebih kepada nak berjimat. Last movie, tengok kat wayang rasanya cerita Transformers.

 

Migha memang menunggu trilogi Apes nie dan seronok sangat bila Mr D buat keputusan untuk join yang lain tengok wayang hari Sabtu lepas. Macam biasa port lepak tengok wayang kitorang mestilah Lotus Five Star (LFS) Selayang. Dah la murah, tak ramai orang pun. Serius tak tipu.

Secara jujurnya Migha agak teruja dengan tajuk War of the Planet of the Apes. Bila kita dengar dia seolah-olah bakal terjadinya satu perang antara Apes dan Manusia. Tapi sayangnya ianya hanyalah perkataan yang tak berapa menggambarkan jalan cerita sebenar sebab perperangan tu cuma waktu awal dan akhir cerita je. Ya, Migha sedikit kecewa disitu.

Bagi Migha, secara keseluruhan jalan cerita nie mudah difahami, melainkan kalau korang tak fokus. Ada scene sedih, ada scene kelakar. Ada satu karekter "Bad Ape" nie memang kelakar. Korang tengok muka dia pun dah. Maklumlah selama nie dia keseorangan, bila dah jumpa geng tue teruja di lain macam sikit.

 
Nie la "Bad Ape" tu. 

Watak-watak dalam filem nie Migha boleh katakan berjaya. Woody Harrelson yang memegang watak sebagai Colonel berjaya buat Migha rasa geram macam nak pi tumbuk je dia tue. Kalau nak cerita yang berlakon jadi Apes nie lagi la terbaik sebab movie nie menggunakan motion teknologi, jadi pelakon perlu meniru gaya seekor mawas dan mereka berjaya. 

Sinopsis
Kisah bermula apabila, satu pasukan tentera yang diketuai oleh The Colonel telah menyerang tempat tinggal Caesar dan puaknya yang lain. Dalam serangan tersebut, Caesar mengalami satu kehilangan besar yang menyebabkan karekternya berubah dan bertekad untuk membalas dendam. Berikutan dari serangan tue, Caesar menyuruh puaknya yang lain berpindah ke tempat selamat, manakala dia dan 3 lagi kawannya bertekad untuk mencari markas The Colonel. Semasa perjalanan mencari markas The Colonel, mereka terjumpa seorang budak perempuan tak boleh bercakap di sebuah rumah. Kenapa dia tak boleh bercakap,  apa yang jadi selepas tu, korang kena tengok sendiri. 

Migha bagi 3.5/ 5.

 




Selamat Menonton.

P/s : Nie hanyalah pendapat Migha dan pendapat kita mungkin berbeza.

Sunday, June 18, 2017

Checklist Sebelum Balik Beraya di Kampung.

9:17 PM 13 Comments
Assalamualaikum.

Salam 23 Ramadhan.

Hari nie hari Ahad terakhir sebelum kita menyambut Aidilfitri. Masa macam sekarang nie dekat mana pun sesak, mana dengan yang nak shopping raya, tak kurang jugak dengan yang sibuk membeli barang untuk buat kuih.

Dalam masa macam nie Migha ambil pendekatan untuk lepak dekat rumah dan siapkan packing mana yang patut. Ye la jauh perjalan ke Kedah nun. Takut ada yang tertinggal nanti. So, kat sini Migha sediakan senarai semak sebelum kita balik beraya di kampung. Harapnya dapat la membantu sedikit sebanyak.

1. BARANG KEPERLUAN
Haa. Yang nie memang selalunya seminggu sebelum balik kampung Migha dah start mengemas. Takot ada yang tertinggal ye la bukan dekat weh nak patah balik. Jom Migha listkan barang keperluan apa yang perlu kita bawak bila nak balik beraya.
  * Baju Harian yang mencukupi. Selain baju harian pakaian dalam jangan pulak dilupakan.
  * Baju Raya, Kasut Raya, Handbag, Tudung Raya dll. Menangis la kalau tertinggal nie. 
  * Toiletries - berus gigi, sabun mandi, perfume dan barangan mekap. 
  * Camera/ GoPro/ DSLR. Takkan la korang tak nak bergambar dengan family masa hari raya nanti.
  * Charger/ Powerbak. Yang nie penting sekali ya tuan-tuan dan puan-puan. Bawak balik DSLR tapi tertinggal charger pun tak guna jugak.
  * Personal Care - cermin mata, contact lens, ubat-ubatan, minyak angin. Untuk orang macam Migha sangat penting untuk tidak tertinggal "beg ubat". Naya kalau tertinggal. 

 

2. SERVIS KERETA
Yaa. Since nak berjalan jauh nie kena la hantar kereta tue servis. Barulah "Bumblebee" sihat. Ye la ini untuk pastikan perjalanan kita lancar dan selamat sampai ke destinasi.

 

3. TOPUP TOUCH N' GO
Memandangkan PLUS dah umumkan yang kaunter tambah nilai akan ditutup untuk melancarkan perjalan dari 22 Jun sehingga 2 Julai, ada baiknya korang topup dulu kad Touch n' Go korang sebelum perjalan. 

4. PASTIKAN RUMAH DITINGGALKAN DALAM KEADAAN SELAMAT.
Sebelum korang keluar rumah, check dulu kepala gas. Pastikan kepala gas tu dicabut. Kunci semua tingkap dan pintu rumah korang. Kalau boleh biarkan ada 1 lampu yang terpasang, takde la pencuri tahu yang memang rumah korang tak berpenghuni sepanjang seminggu nanti. Dah kunci rumah jangan pulak tertinggal kunci kat dalam. - Pesanan nie memang khas untuk Migha sebab pernah tertinggal kunci kat dalam bilik. 

 

Yaaa semua dah ada dan dah check? Yaaayy. We're ready to go. Pandu kereta dengan selamat. Kalau mengantuk berhenti R&R dan berehat dulu ok. 

"PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

 

Thursday, June 15, 2017

Iklan Raya TNB 2017 #DugaanRaya

12:49 PM 11 Comments
Assalamualaikum.

Salam 20 Ramadhan.

Kita sekarang dah berada dalam 10 malam terakhir. Cepat betul masa berjalan. Waktu-waktu macam nie dah rancak la radio pasang lagu raya. Iklan raya kat tv pun dah banyak kan.

Haa korang dah tengok iklan raya TNB tahun nie tak? Terhibur betul Migha dengan iklan tahun nie. Ntah berapa kali dah nie dok ulang iklan tue sampai lagu baju raya tue melekat dalam kepala. 

Antara part yang Migha suka:-
1. Leha nak baju raya macam Ramlah Ram.
2. Jero nak baju angkasawan. Kucing dia comel. 
3. Part campak kertas bila kerja dah siap.
4. Padan Muka and Air mata tersedut balik. 
5. Lampu terpadam sebab short kena air hujan.
Dari mula sampai habis iklan nie buat Migha terhibur.



Tahniah team yang buat iklan nie and TNB. Every entertaining. 

Cerita pasal dugaan raya, tahun nie dugaan Migha dari segi kewangan. Tahun nie kewangan tak berapa nak masyuk. Insyaallah ada la rezeki lain nanti.

So far apa #DugaanRaya korang? Jom la share dengan Migha.





Tuesday, June 13, 2017

Kuih Dangai

6:37 PM 8 Comments
Assalamualaikum.

Salam 18 Ramadhan.

Pernah dengar Kuih Dangai tak? Hurm macam mana nak explain yer? Kuih Dangai nie biasanya famous dekat negeri-negeri belah Utagha. Kedah contohnya, haa kampung kami la tu. Ehh sorry melalut pulak. Tempat lain kalau tak silap, dorang panggil Kuih Rangin. 

 
Macam nie la rupanya kuih dangai nie.

Dari 1st day puasa Migha dah teringin sangat nak makan Kuih Dangai nie. Tapi malangnya sampai ke hari nie tak jumpa lagi. Sedih. Sapa tau mana nak cari kuih dangai nie kat KL habaq mai kat Migha naa. 

Disebabkan hari nie dah 18 puasa dan masih tak jumpa kuih "rare" nie makanya dengan gigih seketul Migha pi meng"Google" resepi kuih dangai. Tadaaaa haaa jumpa la segala macam resepi Kuih Dangai nie. Yang paling menariknya, Kuih Dangai nie rupa-rupanya boleh buat pakai sandwich toaster je. So tak payah la sibuk-sibuk nak cari oven bagai. 

Haaa. Kat sini ada resipi Kuih Dangai dengan menggunakan sandwich toaster je. Migha dah save, nanti boleh buat. Tapi nak kena beli sandwich toaster dulu. 

KUIH DANGAI SANDWICH TOASTER

Bahan-bahan:
3 cawan kelapa parut muda
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula (sukatan lbh kurang – ikut nk manis mcmana)
Sedikit garam halus

www.facebook.com/resepisedapsentiasa
www.facebook.com/resepisedapsentiasa

CARA-CARA

✔ Gaul kelapa parut, tepung pulut dan garam. Gaul rata. Biar berderai.. jgn ada ketul2.
✔ Panaskan acuan bubuh sedikit kelapa yg digaul tadi, kemudian tabur pula gula (dlm 1/2 sudu kecil) Pastikan gula tu ditabur di tengah2 ya.. kalau trkena ditepi, nanti masa nk angkat takut dia melekat.
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
✔ Kemudian bubuh lagi kelapa smpai penuh menutupi acuan. Tutup acuan. Bakar lebih kurang 7,8 minit. Selak sikit acuan… kalau bahagian tepi2 tu dah sedikit perang tandanya kuih dah masak. .. bolehlah diangkat.
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
www.facebook.com/resepisedapsentiasa

TIPS

👌 Sebelum bakar adunan lagi.. pastikan acuan dibersihkan dgn tisu ye.. buangkan lebihan kelapa yg tertinggal.
👌 Guna cawan/bekas yg sama utk sukat kelapa & tepung pulut
👌 Sukatan 3 cawan kelapa parut (putih) tu lbh kurang 1 biji kelapa ya (ikut sukatan cawan yg sy guna)
👌  1 adunan dpt dlm 15 pieces kuih
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
Sumber : Resepi Sedap
Ok malam nie boleh tidoq lena.

Bye.

Migha


Monday, June 12, 2017

Journey to Mrs. D: 67 Days Left dan Wedding Checklist

5:01 PM 6 Comments
Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran!

Pejam celik dah 17 Ramadhan. Kejap betul masa berjalan. Makin dekat nak raya maknanya makin dekat tarikh nikah and majlis Migha dengan Mr. D. Yaa 67 days left and guess what Migha masih lagi bertenang. Tenang setenang-tenangnya. Padahal ada je lagi benda yang nak kena settlekan nie. Boleh tak someone tolong  tekan "Panic Button" Migha? Sigh~


Ye la jarak Bertunang dengan Akad nikah pun cuma dalam 4 bulan je. So within 4 bulan nie la nak kena siapkan dan prepare everything. Since dah tak lama je lagi nie jom la Migha kongsikan sikit checklist yang Migha dah buat untuk preparation majlis kitorang nanti. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin!

1. KURSUS KAHWIN
Alhamdulilah yang both of us dah settle kursus kahwin nie. Migha buat kursus kawen nie tahun 2013 kalau tak silap sebab temankan kawan Migha yang nak berkahwin. Jangan risau Sijil Kursus Perkahwinan tue takde tarikh luput yer. So boleh je kalau nak pegi bila-bila masa.

2. DOKUMEN / BORANG NIKAH
Yang nie kitorang baru submit semalam. Memandangkan Migha dengan Mr. D orang Kedah so kitorang boleh submit borang online je. Masuk je website http://www.sppim.gov.my/sppim/home isi borang benar nikah then submit. Walaupun dah submit borang online, kitorang still kena hadir ke pejabat agama untuk next process. Detail Migha akan ceritakan dalam entry lain yer.

3. HIV TEST
Yaaa. Yang nie wajib buat yer. Kena buat dekat Klinik Kesihatan. Korang boleh google je Ujian HIV Pra-Perkahwinan nanti akan ada list Klinik Kesihatan yang ada servis buat HIV Test. So Migha dah sepakat untuk buat HIV Test nie Jumaat nie. Nanti balik kampung boleh submit semua sekali dengan permohonan kebenaran nikah.

4. BARANG HANTARAN
Honestly yang nie pun tak settle lagi. Ada lagi 2, 3 barang yang Migha nak kena cari untuk penuhkan dulang hantaran. Macam Migha, untuk barang yang nak kena beli ada dalam 5 je, yang lain Migha akan isi dengan makanan and manisan. Senang.

5. GUBAHAN HANTARAN
Disesbabkan banyak benda Migha decided untuk buat sendiri, barang gubahan semua balik raya nanti baru nak settlekan. Tapi mak ada bagitau yang dia dah beli sikit-sikit. So legalah sikit hati nie.

 

6. KAD JEMPUTAN
Since Migha decide untuk DIY dan self print Kad Jemputan so Migha kena design sendiri. Yang nie pun halfway done. Nak kena dapatkan approval dari parents dulu sebelum printing. Migha target awal July dah siap and dah distribute.

6. CATERING/ DOORGIFT
Yang nie memang Migha serahkan dekat parents 100%  untuk dorang uruskan. Sebab Migha memang tak sempat untuk survey memandangkan majlis nanti dekat kampung and Migha dekat KL. 

 

7. BAJU PENGANTIN/ PELAMIN/ MEKAP
Alhamdulilah baju pengantin dah siap booking sekali dengan mekap. So far 3 pasang baju dengan 3 kali mekap, cukuplah untuk akad nikah, majlis Migha dan majlis bertandang. Bab Pelamin nie, mak kata nak buat sendiri je. Nasib baik la mak offer diri nak DIY pelamin. Jimat kos! Hehehe.

8. JURUNIKAH/ TOK KADI DAN SENARAI TETAMU.
Bab nie pun Migha kena serahkan 100% kat parents sebab dorang lagi tau hal-hal jurunikah and tok kadi nie. Senarai tetamu pun Migha cuma handle untuk kawan rapat Migha dan mana yang berkenaan.

9. KOMPANG/ PA SYSTEM/ SILAT/ PHOTOG
List yang last sekali nie memang takde buat any preparation yer sebab parents memang tak nak ada semua yang berkenaan. photographer Migha decide untuk mintak tolong kawan-kawan je nanti. Cc 
Ayue and Jean.

Ehh kejap Migha terlupa benda paling penting CINCIN KAHWIN. Yaa yang nie pun tak beli lagi. Hukhuk. 

 

So far, yang tu je rasanya. Harapnya Migha takde la yang tertinggal. Bila dah buat list macam nie baru start rasa Panic. Owhh no. Doakan Migha.

Owh ya. Korang boleh check entry bertunang 
kat sini.

Bye.

Migha

Blog Under Construction

1:05 AM 3 Comments
Assalamualaikum.

Hai. Hari nie sehari suntuk Migha menghabiskan masa menggodek template blog nie. Nie pun tak habis lagi membetulkan mana yang patut. So kalau memana yang korang nampak macam tak kena tu HARAP MAKLUM yer. Blog nie masih lagi kucar-kacir. Maafkan Migha gais.

 

Dah pi lena, japgi nak bangun sahur kan?

Selamat Malam.

Migha

Wednesday, June 7, 2017

Tips: Clear Space on iPhone

10:33 PM 3 Comments
Assalamualaikum.

Ramai member Migha yang selalu merungut storage dah nak full bila pakai iPhone. Ye la space 16gb, gambar saja dah berapa GB. Ditambah pulak apps yang pakai banyak storage. Walaupun ada segelintir yang label iPhone dengan 16gb space nie dah tak relevan tapi iPhone 6s kebawah masih ada storage space yg 16gb. 

Kalau korang rajin google "How to free space on iPhone" kebanyakkan web akan suggest korang cara-cara kat bawah:-

1. Update to latest IOS.
2. Delete apps yang korang tak perlukan.
3. Delete dan reinstall apps yang gunakan space yang banyak. Contohnya Facebook dan Instagram.
4. Download Spotify instead save your own favorite songs dalam iPhone.
5. Spring clean message/ notes/ gallery.

Cliche kan tips kat atas tu. Migha terjumpa 1 apps yang dapat bantu korang yang ada masalah storage tak cukup nie. 

TAAAADAAAAAA!!!!!

 
Magic Cleaner. Korang boleh cari dekat Apps Store yer.

 

Apps nie memang sangat-sangat recommended sebabnya dia membantu korang clear cache data tanpa uninstall Facebook or Instagram. Jadi la daripada korang nak guna data nak reinstall balik apps kan. Kehkehkeh.

Kalau rasa tak berjaya jugak, try log out Facebook bila tak digunakan dan clear search history dekat Instagram. Jangan lupa clearkan jugak data usage korang dekat Twitter tu.

 

Tue je kot setakat nie. 

Byeeee.