#MighaCariMakan: Restoran Kapitan, Pulau Pinang

Assalamualaikum.

Tiap kali Migha balik kampung eventhough cuti pendek, Migha mesti akan selitkan jugak aktiviti food hunting. Mesti kena ada. Baru-baru ni Migha balik kampung sebab nak attend interview dekat Penang, since dah dekat Penang tu, weols adik beradik nie mulakan aktiviti wajib kitorang. 

So, hari tue kitorang lunch dekat 

RESTORAN KAPITAN, PULAU PINANG

Gambar ihsan Google

Actually, this not my first time makan dekat Restoran Kapitan nie. First time makan 5 or 6 years ago dengan ex-boyfriend. Restoran Kapitan nie sebenarnya dah tak perlu diperkenalkan lagi dah, memang dah famous pun tapi Migha nak jugak tulis entry.

 

Memandangkan masa tu lunch time, Migha and adik-adik pesan Claypot Briyani. Disebabkan kitorang dah lapar sangat dan tak boleh nak berfikir panjang makanya kami 3 orang order benda yang sama. Lepas tu baru menyesal tak order menu lain.

Masa Claypot Briyani tue sampai, Migha dalam hati dok kata, 1 tak cukup nie sebab claypot dia kecik baqhang. Tak caya korang tengok.

   

Nampak sikit kan? Tapi bila dah transfer masuk pinggan hurmm boleh tahan banyak jugak sampaikan Migha yang kengkonon tak cukup tadi tak habis. 😂

Nasi briyani dia memang sedap. Kena pulak dengan kari daging. Terbaik baqhang. Lagi 1 menu favourite kitorang kat sini Briyani Tandoori. Ayam Tandoori dia sedaaaaappppp. 

Next time kalau korang ke Penang, tak tau nak makan kat mana boleh singgah 
Restoran Kapitan

Lokasi dia dekat Lebuh Chulia, or korang boleh je google Restoran Kapitan. Owhh yaa dorang ada lagi 1 branch dekat shoplot depan Queensbay Mall.

Pi try naaa nanti..

P/s: Sorry la Migha bukan saja nak bagi hampa telan ayaq liuq bulan-bulan posa nie.

Bye.





#MighaCariMakan: Restoran Kapitan, Pulau Pinang #MighaCariMakan: Restoran Kapitan, Pulau Pinang Reviewed by Migha on 12:30 PM Rating: 5

10 comments:

  1. memang saje migha bagi semua orang telan air liuq. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppsss sorry..baru buh 1 gambaq jaa nie

      Delete
  2. omgggggggg ayam dia.... hmmm. bulan bulan pose ni. ishh menguji perut betul.hahahah

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak jalan Penang. Ok save Restoran Kapitan ni.
    Tq

    ReplyDelete
  4. Rindu nak g jalan jalan Penang.. Ok.. boleh diusulkan pada Tn Syed. Mesti dia suka...

    ReplyDelete
  5. 4 tahun kakfiza duk berulang ke Pinang tu, kenapaa xpenah jumpa kedai nii T.T

    Salam kenal dr www.fizazainy.com (KBBA9)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.