Journey to Mrs. D: 67 Days Left dan Wedding Checklist

5:01 PM

Assalamualaikum.


Salam Nuzul Quran!

Pejam celik dah 17 Ramadhan. Kejap betul masa berjalan. Makin dekat nak raya maknanya makin dekat tarikh nikah and majlis Migha dengan Mr. D. Yaa 67 days left and guess what Migha masih lagi bertenang. Tenang setenang-tenangnya. Padahal ada je lagi benda yang nak kena settlekan nie. Boleh tak someone tolong  tekan "Panic Button" Migha? Sigh~


Ye la jarak Bertunang dengan Akad nikah pun cuma dalam 4 bulan je. So within 4 bulan nie la nak kena siapkan dan prepare everything. Since dah tak lama je lagi nie jom la Migha kongsikan sikit checklist yang Migha dah buat untuk preparation majlis kitorang nanti. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin!

1. KURSUS KAHWIN
Alhamdulilah yang both of us dah settle kursus kahwin nie. Migha buat kursus kawen nie tahun 2013 kalau tak silap sebab temankan kawan Migha yang nak berkahwin. Jangan risau Sijil Kursus Perkahwinan tue takde tarikh luput yer. So boleh je kalau nak pegi bila-bila masa.

2. DOKUMEN / BORANG NIKAH
Yang nie kitorang baru submit semalam. Memandangkan Migha dengan Mr. D orang Kedah so kitorang boleh submit borang online je. Masuk je website http://www.sppim.gov.my/sppim/home isi borang benar nikah then submit. Walaupun dah submit borang online, kitorang still kena hadir ke pejabat agama untuk next process. Detail Migha akan ceritakan dalam entry lain yer.

3. HIV TEST
Yaaa. Yang nie wajib buat yer. Kena buat dekat Klinik Kesihatan. Korang boleh google je Ujian HIV Pra-Perkahwinan nanti akan ada list Klinik Kesihatan yang ada servis buat HIV Test. So Migha dah sepakat untuk buat HIV Test nie Jumaat nie. Nanti balik kampung boleh submit semua sekali dengan permohonan kebenaran nikah.

4. BARANG HANTARAN
Honestly yang nie pun tak settle lagi. Ada lagi 2, 3 barang yang Migha nak kena cari untuk penuhkan dulang hantaran. Macam Migha, untuk barang yang nak kena beli ada dalam 5 je, yang lain Migha akan isi dengan makanan and manisan. Senang.

5. GUBAHAN HANTARAN
Disesbabkan banyak benda Migha decided untuk buat sendiri, barang gubahan semua balik raya nanti baru nak settlekan. Tapi mak ada bagitau yang dia dah beli sikit-sikit. So legalah sikit hati nie.

 

6. KAD JEMPUTAN
Since Migha decide untuk DIY dan self print Kad Jemputan so Migha kena design sendiri. Yang nie pun halfway done. Nak kena dapatkan approval dari parents dulu sebelum printing. Migha target awal July dah siap and dah distribute.

6. CATERING/ DOORGIFT
Yang nie memang Migha serahkan dekat parents 100%  untuk dorang uruskan. Sebab Migha memang tak sempat untuk survey memandangkan majlis nanti dekat kampung and Migha dekat KL. 

 

7. BAJU PENGANTIN/ PELAMIN/ MEKAP
Alhamdulilah baju pengantin dah siap booking sekali dengan mekap. So far 3 pasang baju dengan 3 kali mekap, cukuplah untuk akad nikah, majlis Migha dan majlis bertandang. Bab Pelamin nie, mak kata nak buat sendiri je. Nasib baik la mak offer diri nak DIY pelamin. Jimat kos! Hehehe.

8. JURUNIKAH/ TOK KADI DAN SENARAI TETAMU.
Bab nie pun Migha kena serahkan 100% kat parents sebab dorang lagi tau hal-hal jurunikah and tok kadi nie. Senarai tetamu pun Migha cuma handle untuk kawan rapat Migha dan mana yang berkenaan.

9. KOMPANG/ PA SYSTEM/ SILAT/ PHOTOG
List yang last sekali nie memang takde buat any preparation yer sebab parents memang tak nak ada semua yang berkenaan. photographer Migha decide untuk mintak tolong kawan-kawan je nanti. Cc 
Ayue and Jean.

Ehh kejap Migha terlupa benda paling penting CINCIN KAHWIN. Yaa yang nie pun tak beli lagi. Hukhuk. 

 

So far, yang tu je rasanya. Harapnya Migha takde la yang tertinggal. Bila dah buat list macam nie baru start rasa Panic. Owhh no. Doakan Migha.

Owh ya. Korang boleh check entry bertunang 
kat sini.

Bye.

Migha

You Might Also Like

6 dah "bash" Myra

  1. Sorrylah tak dapat tenangkan awak, tapi kita datang nak share rasa excited tu. Yippie! Congratulation awak, semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Nak emcee Pa System Gamelan Kompang Akustik Band Roger Shah

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan urusan Migha. Jangan lupa jemput akak, hehehee!

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan segala urusan ye.. biasalaa selagi tak abes majlis macam2laa pikir tak siap.. hihihi

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan urusan Migha dan pasangan. jauh tu majlis dekat kedah, KBBA kena buat tour la camni

    ReplyDelete
  6. wooott wooot... semoga dipermudahkan urusan..hehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers