Follow Us @myr_amyra

Tuesday, June 13, 2017

Kuih Dangai

Assalamualaikum.

Salam 18 Ramadhan.

Pernah dengar Kuih Dangai tak? Hurm macam mana nak explain yer? Kuih Dangai nie biasanya famous dekat negeri-negeri belah Utagha. Kedah contohnya, haa kampung kami la tu. Ehh sorry melalut pulak. Tempat lain kalau tak silap, dorang panggil Kuih Rangin. 

 
Macam nie la rupanya kuih dangai nie.

Dari 1st day puasa Migha dah teringin sangat nak makan Kuih Dangai nie. Tapi malangnya sampai ke hari nie tak jumpa lagi. Sedih. Sapa tau mana nak cari kuih dangai nie kat KL habaq mai kat Migha naa. 

Disebabkan hari nie dah 18 puasa dan masih tak jumpa kuih "rare" nie makanya dengan gigih seketul Migha pi meng"Google" resepi kuih dangai. Tadaaaa haaa jumpa la segala macam resepi Kuih Dangai nie. Yang paling menariknya, Kuih Dangai nie rupa-rupanya boleh buat pakai sandwich toaster je. So tak payah la sibuk-sibuk nak cari oven bagai. 

Haaa. Kat sini ada resipi Kuih Dangai dengan menggunakan sandwich toaster je. Migha dah save, nanti boleh buat. Tapi nak kena beli sandwich toaster dulu. 

KUIH DANGAI SANDWICH TOASTER

Bahan-bahan:
3 cawan kelapa parut muda
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula (sukatan lbh kurang – ikut nk manis mcmana)
Sedikit garam halus

www.facebook.com/resepisedapsentiasa
www.facebook.com/resepisedapsentiasa

CARA-CARA

✔ Gaul kelapa parut, tepung pulut dan garam. Gaul rata. Biar berderai.. jgn ada ketul2.
✔ Panaskan acuan bubuh sedikit kelapa yg digaul tadi, kemudian tabur pula gula (dlm 1/2 sudu kecil) Pastikan gula tu ditabur di tengah2 ya.. kalau trkena ditepi, nanti masa nk angkat takut dia melekat.
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
✔ Kemudian bubuh lagi kelapa smpai penuh menutupi acuan. Tutup acuan. Bakar lebih kurang 7,8 minit. Selak sikit acuan… kalau bahagian tepi2 tu dah sedikit perang tandanya kuih dah masak. .. bolehlah diangkat.
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
www.facebook.com/resepisedapsentiasa

TIPS

👌 Sebelum bakar adunan lagi.. pastikan acuan dibersihkan dgn tisu ye.. buangkan lebihan kelapa yg tertinggal.
👌 Guna cawan/bekas yg sama utk sukat kelapa & tepung pulut
👌 Sukatan 3 cawan kelapa parut (putih) tu lbh kurang 1 biji kelapa ya (ikut sukatan cawan yg sy guna)
👌  1 adunan dpt dlm 15 pieces kuih
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
www.facebook.com/resepisedapsentiasa
Sumber : Resepi Sedap
Ok malam nie boleh tidoq lena.

Bye.

Migha


8 comments:

  1. Ptama kali ju dgr pasal kuih ni, xperna nmpk dan mkn juga. Dekat sabah xda kuih ni maklum lah mcm yg sis mention popular dekat sbelah utara.wlu xperna nmpk tp baca entry ni buat ju telan air liur juga. Yela berasaskan kelapa parut kan.. mesti sedap tu =D

    ReplyDelete
  2. IQ pernah nampak kuih ni masa belajar dekat kedah dulu, sekarang dah tak nampak dah. dan tak pernah rasa.

    ok la kalau ada cara mudah nak buat kuih ni.

    ReplyDelete
  3. Biasa juga makan kuih ini tapi tak tahu pula namanya kuih Dangai.
    So far kat bazar Ramadhan tak jumpa pulak orang jual kuih ni huhuhu...

    ReplyDelete
  4. baru je tnye2 pasal kuih ni..sebab aritu pegi bazar ade nampak.. tap tak pernah makan lagiii

    ReplyDelete
  5. pernah makan... first day puasa aritu hehehee

    ReplyDelete
  6. first time dengar... nak rasa...huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dengar pasal kuih ni , mungkin kat sini nama dia lain .. hehek

    ReplyDelete
  8. oh..tau2..tp xpernah rasa..
    sbb xbpe sgt kuih klo dgn kelapa mcm tu..huhu
    inti kelapa xpe.. ^o^

    ReplyDelete