Relax Dan Rehat Di Dorsett Grand Subang

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah dan Selamat Bercuti.

Amboi seronok betul Migha bila dapat cuti hujung minggu yang panjang sikit nie. Ye la bukan apa boleh la jugak plan bercuti sekejap walaupun dekat-dekat je, ala macam yang orang putih selalu cakap "Short Gateway" tue. Sebenarnya Migha bercadang untuk relax dan chill dekat area Subang. Ye la dekat je dengan Kuala Lumpur, tak payah nak pergi jauh pun. Setelah puas mencari dekat hotel mana yang best untuk Migha stay, taaraaaa Migha dah buat keputusan untuk relax dan chill di Dorsett Grand Subang. Memang hotel nie agak mahal, ye lah 5 bintang kan. Tapi bukan selalu nak manjakan diri setelah penat, tunggang terbalik keje, lagipun boleh la Migha anggap trip nie sebagai Honeymoon Trip. Hotel nie terletak di tengah-tengah Subang Jaya dengan menawarkan bilik dan suite yang mewah di city's most upscale entertainment, shopping district dan tourist attraction. Dengan hanya 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar Antarabangsa Sepang. Kalau korang memandu dari Kuala Lumpur City Centre, ianya hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke hotel.

Dorsett Grand Subang
Dorsett Grand menawarkan 478 bilik dan suite yang serba lengkap dengan dekorasi moden kontemporari dan menawarkan panoramic view of Kuala Lumpur City Centre yang awesome. Pihak hotel menyediakan beberapa jenis bilik hotel antaranya ialah, Executive Suite. Bilik serba eksklusif ini mempunyai sebuah dapur kecil dan ruang tamu yang sangat selesa. Tambahan pula korang boleh access ke Premier Lounge. Keluasan bilik nie lebih kurang 67 meter persegi. Selain itu, Dorsett menawarkan bilik Junior Suite. Bilik ini mempunyai bilik tidur berasingan, lounge yang super-duper selesa, ada work area dan dapur kecil. Keluasan bilik lebih kurang 61 meter persegi.

Executive Suite
Junior Suite

Untuk bilik jenis Club pula mempunyai reka bentuk moden menyediakan katil king saiz dan juga work area. Bagi mereka yang book bilik nie akan dapat access percuma ke Premier Lounge. Bilik Deluxe yang sangat stylish mempunyai work area, katil yang selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan. Dan yang terakhir ialah Dorsett Room yang berkeluasan 25 meter persegi. Walaupun agak kecil kalau nak banding dengan bilik yang lain tapi korang masih selesa dan tenang berada di bilik nie.

Club Room
Deluxe Room
Dorsett Room
Jom tengok facilities yang ada dekat hotel awesome nie. Wahh, korang boleh relax dan bersantai di kerusi sepanjang tepi swimming pool sambil menikmati landskap yang indah. Kolamnya agak besar dan berasingan dengan kolam kanak-kanak. Waktu beroperasi dari pukul 7am hingga 8pm je yer. Jangan pulak pegi mandi lepas tu, mau kena sound dengan guard nanti. Selain itu korang boleh manjakan diri di Tanjung Wellness Spa. Yang nie memang Migha suka, boleh hilangkan segala stress keje, disamping segarkan minda dan badan. Bagi yang menginap di Dorsett hotel nie, korang boleh dapat diskaun 20%.

Swimming Pool

Tanjung Wellness Spa

Tadi Migha ada cakap bagi yang book Club Room dan Executive Suite, dorang boleh akses ke Premier Lounge kan. Haa, Premier Lounge terletak di tingkat 16, dimana korang boleh menikmati view of Kuala Lumpur's breathtaking skyline. Dekat sini, korang boleh menikmati buah-buahan, sarapan percuma dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Selain itu, korang boleh minum kopi, teh dan jus buah-buahan sepanjang hari. Bagi yang nak menikmati koktel, boleh datang dari pukul 5 pm sampai 7.30 pm. Yang menariknya korang diberi 2 jam percuma untuk Guna Dewan Besar Premier tapi sebelum tue kena buat tempahan dulu yer. Kalau nak guna komputer desktop juga diberi percuma. Banyak kan kemudahan dekat sini. Berbaloi la dengan harga bilik.


Premier Lounge
Bagi yang suka bersenam, korang jangan lepaskan peluang pergi ke Clark Hatch Fitness Centre. Macam-macam peralatan yang boleh dicuba. Yang bestnya siap ada personal trainers yang disahkan tapi korang kena request dulu yer. Kalau korang tak bawak pakaian, jangan risau sebab dorang ada sediakan pakaian fitness untuk lelaki dan perempuan secara percuma. Ada juga tuala dan toiletries percuma untuk korang yang nak mandi selepas bersenam.

Dekat hotel nie kalau nak makan memang takde masalah sebab ada pelbagai makanan dari local sampailah international cuisine. Dorsett Grand menawarkan 4 tempat makan iaitu Restoran Terezza Brasserite. Restoran nie merupakan restoran popular untuk buffet sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Restoran Emperor pula sesuai untuk ahli perniagaan dimana dorang boleh makan dan berbincang mengenai business. Bagi mereka yang mencari makanan seperti nasi ayam, mee goreng, laksa serta macam-macam makanan tradisional boleh ke Cafe Aroma. Di Piano Lounge pula menawarkan suasana yang tenang dan selsea. Makan di sofa mewah atau kerusi yang selesa membuatkan korang borak sakan sampai tak sedar masa berlalu. Eh, boleh la kalau nak candlelight dinner kat sini nanti. Hehehe.

Terezza Brasserite
The Emperor
Cafe Aroma
Piano Lounge
Menarik kan? So, bilik mana yang menjadi pilihan korang? Nak dapatkan bilik dengan harga terendah? Jom book Dorsett Grand Subang on Traveloka segera!!! Oklah Migha pun nak pi book bilik untuk Short Gateway Migha nie. 

Enjoy your weekend!!

Bye.

Relax Dan Rehat Di Dorsett Grand Subang Relax Dan Rehat Di Dorsett Grand Subang Reviewed by Migha on 1:32 PM Rating: 5

7 comments:

  1. Behnyee sekali sekala tido hotel pun syok

    ReplyDelete
  2. Lawanya bilik tu migha. Seronok oii tidur hotel 5 start macam nie

    ReplyDelete
  3. Fuuhhh.. Sekali sekala manjakan diri best juga kan? Tak perlu pergi jauh2 pun takpe.

    ReplyDelete
  4. Wahhh cantiknya bilik dekat sini. Dekat pun dekat. Boleh lah cuba sekali nanti stay dekat sini.

    ReplyDelete
  5. sesekali staycation mmg best, salah satu cara nak jana idea

    ReplyDelete

Powered by Blogger.