Journey To Mrs D: Busana Pengantin dari Chenta Bridal House

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Sejujurnya Migha akui entry nie dah lama terperuk dan terperap kat dalam draft. Busy sangat la kononnya. Tapi rasanya tak terlambat lagi kot kalau Migha nak kongsikan dengan korang dari mana Migha sewa baju pengantin masa majis hari tu.

Sebenarnya plan asal Migha cuma nak cari baju kurung biasa tapi yang vogue la sikit. Ala dekat area Masjid Jamek or Jalan TAR tue banyak je kedai yang ada jual. Tak pun tengok je dekat First Lady. Lepas survey and tengok harga dia tak lari dari RM200-RM300, Migha simpan dulu niat nak beli baju tue. Sebabnya akan ada 3 majlis yang berlainan-  akad nikah, sanding dan bertandang. So kalau kira balik 3 majlis tu kena beli 3 pasang baju kurung, dekat situ dah habis RM600 tue belum masuk lagi baju melayu pengantin lelaki. Bab baju nie memang lama betul Migha pikir sebab Migha tau susah sebenarnya nak cari baju yang bersaiz besar tambah pulak masa nie tinggal 2 bulan sebelum majlis. Memang takut kalau ke butik pengantin baju yang berkenan dan padan dengan saiz Migha dah penuh ditempah. Masa nie memang positif habis dan gigih google butik pengantin yang ada sekitar Sungai Petani. Syukur alhamdulillah Migha ada jumpa 2,3 butik yang harga tak melebihi bajet Migha. Masa tue Migha bajet tak lebih dari RM1000 untuk 3 pasang baju. 

Migha balik kampung masa bulan puasa, and start hunting butik-butik yang Migha dah survey awal-awal sebelum nie. Masa nie memang dah siap information berapa harga promosi dan pakej yang murah. 1st butik yang Migha pegi masa tu Chental Bridal House sebab pakej dia yang paling murah antara yang lain. Masuk je butik, Migha terus tanya "Baju mana yang sesuai untuk badan macam saya?" hahah. Masa nie tak confirmkan harga lagi tapi pi tanya dulu ada baju saiz besar tak
Chenta Bridal House
Baju-baju pengantin dekat butik nie memang cantik, malangnya untuk Migha sebab kebanyakkan yang Migha berkenan tu standard size. Sebab tu la orang suruh diet sebelum kawen, kan dah susah nak pakai baju pengantin yang cantik. Hahaha. Staff-staff dekat butik nie pun sangat peramah dan membantu. Mulanya Migha ingat baju-baju dekat situ tak boleh cuba sebelum confirm and bayar deposit. Rupanya boleh je kalau customer nak cuba dulu, So bermulalah episod Migha mencuba baju-baju pengantin. Kebanyakkan baju yang Migha try Migha tak berkenan and ada 2 3 pasang baju yang saiz besar tapi dah di”alter” sebab ada bakal pengantin lain nak pakai. Sudahnya, dengan hanya berpandukan pendapat staff-staff dekat sini Migha booked 3 pasang baju which 2 pasang baju tue Migha tak try langsung. Berkali-kali jugak Migha tanya dorang “Muat ke saya nak pakai?” sampai berbuih mulut staff tue yakinkan Migha yang baju tu memang muat untuk Migha. Yela, dorang yang jahit, so dorang tau la kapasiti baju pengantin tu.


Dah puas hati dengan pilihan Migha, baru Migha tanya harga untuk pakej yang Migha ambil nie.Syukur Alhamdulillah, harga pakej nie sama dengan apa yang Migha tengok masa survey dekat Facebook sebelum nie.Pakej yang Migha ambil nie harganya RM800. Korang boleh tengok details pakej nie dekat bawah.

*RM 800
3x Makeup
3 pasang Baju Sanding L&P (sedia ada)
FREE!!
Aksesori L&P
Kasut Perempuan
Bunga Tangan
*p/s harga mungkin dah berubah yer. 

Migha cuma ke butik tu 2 kali je sebelum final fitting untuk majlis – 1st masa buat booking, 2nd time pi masa lepas raya untuk ambil ukuran. Masa 2nd time nie Migha sempat try baju sanding dan Migha buat keputusan untuk tukar baju bertandang dari Jubah Dress kepada baju songket purple. Tapi, Migha still tak dapat try baju nikah sebab masa nie ada orang pakai. Baju nikah nie yang buat Migha susah hati sangat sebab baju tue memang Nampak kecil dan tak muat dengan Migha dan takut nampak gemok bila pakai baju tu. Masa tue memang pasrah dan redha je.


2nd visit untuk ambil ukuran badan
Sehari sebelum majlis, Migha pi balik butik untuk final fitting and ambil baju. Yaaay, semua baju untuk majlis esok dah siap alter dan cantik sangat. Memang puas hati la sebab cantik dan tak nampak gemuk pun.
Baju Nikah

Baju Sanding
Majlis Bertandang
Since baju nikah tue Migha pakai sekejap sangat sebab nak tukar untuk majlis sanding, Migha pakai balik waktu malam untuk bergambar dan potong kek. Dalam banyak-banyak baju, Migha suka yang baju biru tue sebab dia ada extension kain meleret kat belakang tue (tak tau nak panggil apa sebenarnya). Secara keseluruhannya memang Migha puas hati dengan baju pengantin yang Migha sewa dari Chenta Bridal House. Semuanya cantik-cantik. Sampaikan ke hari nie tak boleh nak "Move On" lagi. Kihkihkih.

Bagi bakal pengantin sekitar Sungai Petani yang tengah mencari idea or survey butik mana best, korang boleh tengok dekat Chenta Bridal House. Korang boleh terus ke butik or FB page untuk maklumat lanjut.


Chenta Bridal House.
👉197 tingkat 1, Jalan BPJ 1 / 2, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. 

Facebook: Chenta Bridal House, Sungai Petani
IG : chentabridalhouse_sp


Cukup buat kali nie. Kalau Migha tepek banyak-banyak gambar nanti korang muak pulak. Cukuplah dekat IG penuh gambar kawen.

Bye.

Migha









Journey To Mrs D: Busana Pengantin dari Chenta Bridal House Journey To Mrs D: Busana Pengantin dari Chenta Bridal House Reviewed by Migha on 5:07 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Tahniah di atas perkahwinan awak..murah sgt Tu rm800 utk 3kali make up Dan baju.

    ReplyDelete
  2. Murahnyaa .. 3 pasang baju sanding + makeup ..mana nak dpt hrga mcm tue kan . Memang murah

    ReplyDelete
  3. salam..
    hi migha..
    yaya singgh lawat sini =)

    waa murah giler hrga rm800 je tu.dpt 3xmakup dgn bju slin lagi..
    kat kedahhh patut la...hehe
    klo kat klang/kl ni hrga tu cuma dpt 1x mkup dgn 1bju slin jeeee =(
    pindah kedah la pasni...hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.