Website Cari Kerja

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Sejak 2 3 menjak nie memang Migha agak aktif mencari kerja. Nak cari kerja yang tetap dan tempat yang boleh Migha explore more. Sebelum nie Migha pernah share dengan korang website yang selalu dan common untuk job seekers. Korang boleh baca kat siniNie ada addition website yang boleh korang guna untuk cari kerja. boleh la korang tengok-tengok nanti.


Secara jujurnya Migha memang banyak apply dari Jobstreet. Dengan banyak improvement dekat website Jobstreet, lagi senang untuk job seeker tahu perkembangan permohonan dorang. Yang bestnya dekat Jobstreet nie kita boleh tengok berapa banyak kali company view profile kita dan kita boleh tau samada employer tengah proses permohonan ataupun tak.


Migha akui persaingan untuk dapat interview dan kerja dari Jobstreet nie memang mencabar. Migha nasihatkan korang jangan skip bahagian "Make Your Pitch" nie. Bahagian nie sedikit sebanyak boleh menarik perhatian recruiter bila dorang terima application korang. Korang boleh check Tip ‘Pitching’ Ketika Mohon Kerja Melalui JobStreet.


Selain dari Jobstreet, Migha akan search dekat Glassdoor.com. Migha pun sebenarnya baru tau kewujudan Glassdoor nie and the best thing is, ada sesetengah Job posting akan redirect kita terus ke company website. Bermakna, korang akan terus apply kerja melalui website employer sendiri. Tapi ada jugak yang akan redirect ke job portal yang lain macam Jobstore.com. Kalau nak apply kerja melalui Glassdoor nie make sure korang buat masa yang sesuai, kalau dia redirect ke laman web employer banyak benda yang korang nak kena isi. Oh ya, employer yang posting dekat Glassdoor nie pun bukan calang-calang tau. 



Indeed.com pun website yang selalu Migha masuk untuk cari kerja kosong kat sini. Dekat sini pun banyak job posting yang korang mungkin tak jumpa dalam Jobstreet atau job portal yang lain. Tapi ada sedikit limitation untuk yang online pakai smartphone sebab bukan semua  job posting korang boleh apply. Cuma yang bestnya, walaupun korang tak sign up dengan Indeed.com tapi proses permohonan dia mudah. Kejap je dah boleh submit permohonan. Upload resume, isi information lepas tu dia akan tanya 2 atau 3 soalan yang korang cuma kena pilih, lepas tu dah boleh submit. Senang je.

Website View
Mobile View
So far, 3 website nie memang Migha akan singgah kalau nak cari kerja. Lagi 1, Migha dah pernah share dengan korang sebelum ni LinkedIn. Macam yang Migha bagitau korang sebelum nie LinkedIn nie macam Facebook.


Korang boleh personal message Connection korang untuk tanya kerja kosong or pendapat. 1 benda yang Migha perasan, akan ada dalam kalangan Connection korang yang akan send message bagitau ada peluang baik untuk korang. Jangan tak tau, Migha pernah terkena. Masa tue memang terdesak nak cari kerja lain. Ada sorang dari Connection Migha approach cakap ada peluang pekerjaan untuk Migha dan dia ajak Migha jumpa. Migha pun percaya sebab dia dari HR Department, jadinya memang masuk akal la kalau dia memang tengah cari candidates untuk company dia bekerja. Bila ditanya, nak resume ke dia jawab profile LinkedIn dah cukup. Bila jumpa rupanya nak ajak Migha join MLM. Hampehhh!! 


Selain dari go through post-post yang HR person post dekat LinkedIn, korang boleh jugak tengok dekat bahagian Job tue. Dekat situ pun ada company akan buat posting untuk job vacancy.


Haa. Korang ada lagi website yang korang selalu akses kalau nak mencari kerja? Jom kongsi dengan Migha.


Website Cari Kerja Website Cari Kerja Reviewed by Migha on 5:04 PM Rating: 5

6 comments:

  1. Miera dapat banyak job offer dari LinkedIn.. Seriously, rajin-rajin la update LinkedIn. Banyak orang HR kat situ

    ReplyDelete
  2. Wow rupanya MLM? Pernah jugak dapat offer dari Linkedin macam tu tapi tak layan.

    Hahaha.

    Tapi Linkedin serius best sebab rasa seronok je bila ada Recruiter contact. Hehehe.

    Jemput join giveaway Pisyek: Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma

    ReplyDelete
  3. Wah byk rupanya website untuk cari kerja. Dulu rajin cari dkt jobstreet je.

    ReplyDelete
  4. Good Luck Migha! hope dapat keja yg betul2 sesuai ! :)

    ReplyDelete
  5. selalu guna jobstreet jer.. lain tak tahu.. hehehhe

    ReplyDelete
  6. huu~ lamanya kat klik link seme di atas.. semoga migha dapat keje yang sesuai ya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.