Asma? Jangan Makan Buah-buahan Citrus.

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Sejak 2 3 minggu nie memang hujan kerap turun. Kalau tak siang mesti malam. Memang seronok la kalau hujan malam sebab sejuk kan. Nak bangun pergi keje pun malas semacam je. Tapi untuk orang macam Migha, cuaca sejuk macam nie mengundang sedikit kerisauan. Bukan apa takut tetiba Cik Asma datang menyerang. So ubat Nuelin, Ventolin Inhaler memang kena sentiasa standby.

Minggu lepas antara minggu yang teruk Migha kena Cik Asma. Sampai kena ke Hospital ambil Nebulizer. Alhamdulilah sekarang dah semakin ok. Tapi masih kena berjaga-jaga takut kena attack balik. Masa berborak dengan doktor ada la pesanan dan nasihat yang dia sampaikan dekat Migha untuk kurangkan dan elakkan serangan Cik Asma nie.


Buah-buahan Citrus

Secara jujurnya, Migha memang tak pernah tau pantang larang untuk orang asma nie. Ye la, main bantai makan je semua benda. Doktor bagitau Migha, buat masa sekarang nie kurangkan makan buah-buahan citrus. Ye buah-buahan macam anggur, oren, lemon kena kurangkan. Tercengang kejap Migha kat situ. Doktor terangkan yang buah-buahan citrus nie boleh menyebabkan iritasi pada lapisan salur pemakanan dan buah citrus nie jugak asid tinggi dan boleh menyebabkan GERD (Gastro esophageal reflux disease ataupun pedih ulu hati. Orang macam Migha memang berisiko tiggi untuk mendapat GERD, so refluks asid akan menyebabkan simptom asma bertambah teruk

Pendidikan Pesakit MyHealth: Asma dan Refluks.



Kekacang

Nie antara makanan lain yang Migha kena elakkan jugak kalau dah mula batuk-batuk. Tapi biasa la, seketul Migha memang degil. Walaupun Migha bukan penggemar tegar jenis kekacang, tapi kekacang dalam coklat memang tak boleh nak tolak. Coklat dengan kacang kan memang kombinasi yang ngam orang kata. So, memang buat masa nie kekacang tak boleh disentuh.



Makanan Bergoreng/ Berminyak

Petang-petang kalau hujan makan pisang goreng sambil minum air teh nie memang sedap kan. Terus rasa lapar. Bila dah mula batuk-batuk, Migha memang akan elakkan makan pisang goreng, keropok ikan or keropok lekor. Sebab kalau makan jugak, memang cari nahaslah. First time masuk wad awal tahun ni pun sebab makan pisang goreng la. Pagi tu memang dah batuk tapi tak teruk, masa lunch pi makan pisang goreng, petang terus teruk sampai rasa nak bernafas pun tak lepas. Nak berjalan pun seksa. So lesson learned.


Air Ais/ Ais Batu

Yang nie memang susah sikit nak elak. Minum air ais tue mungkin boleh dielakkan. Tapi hakikatnya seketul Migha ada tabiat suka makan ais. Makan ais macam makan kacang. Kalau tak minum air ais pun Migha akan pau ais batu orang lain. Elakkan yer sebab dia mengundang batuk, bila batuk dah teruk boleh mengundang asma.

Selain dari pemakanan, Migha tak boleh terlalu banyak gelak, kalau dah banyak sangat gelak kang mula la start batuk. Masa kecik-kecik mak selalu cakap "Jangan suka sangat, nanti menangis" Haa, sekarang nie kalau suka sangat kang mendapat la. Sempuuttttt... Hahahaha. Bila nak tidur malam, Migha kena make sure kipas angin tak betul-betul kena kepala dan badan Migha, on pun yang paling slow. Kalau terlupa nak alihkan kipas jawabnya awal pagi nanti terjaga dengan sesak nafas laa.

So far, ni antara makanan dan benda yang Migha dapat detect  boleh kena asma. Setengah orang mungkin berbeza, ada je yang elok je makan buah-buah citrus. So benda nie bergantung pada individu. Yang penting, korang sendiri kena tau apa yang korang kena pantang dan elakkan. Migha sendiri pun mulanya tak tau apa penyebab asma, tetiba je semput, tak boleh bernafas. Try cari root cause dia, so dari situ Insyallah kita boleh kurangkan serangan asma.

P/S : Ubat jangan lupa bawak yer.

Bye.









Asma? Jangan Makan Buah-buahan Citrus. Asma? Jangan Makan Buah-buahan Citrus. Reviewed by Migha on 11:54 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Alhamdulillah xde asma, penat masa kecik kecik dulu ada laa. Tapi skrang dah okay. Dah laa xboleh tggal ais batu tuu, hehee

    ReplyDelete

Powered by Blogger.