Hilangkan Kesan Peluh & Minyak pada Shawl dan Tudung.

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Ramai tak diantara korang yang mengalami masalah kesan peluh dekat tudung? Stress tau bila seharian pakai tudung balik bukak nak basuh ternampak kesan peluh. Bertambah stress kalau dah basuh, rendam masih tak hilang kesan peluh tu. Takkan nak buang pulak tudung atau shawl tu kan? Amboui banyak duit sangat la tu. Tak kisah la shawl murah ke mahal, mesti akan lekat jugak kesan peluh tue. Stress mak.

Kalau dah tau kesan peluh nie tak hilang, selalunya Migha akan cuba elakkan berpeluh. Eh tak mungkin la kan. OK, OK Migha tipu jer, mana boleh nak elakkan berpeluh. Migha cuba google Cara Hilangkan Kesan Peluh pada tudung, ada la terjumpa 2 3 cara yang disyorkan. Tapi disebabkan Migha malas nak ikut cara yang remeh Migha pilih cara yang paling senang dan mudah. Tapi nak cakap 100% menjadi tu tak jugak, mungkin sebab Migha gunakan shower gel instead of shower cream. Berbeza kan shower gel dengan shower cream tu?

Migha cuba compile tips-tips dan cara yang Migha dapat dari kawan dan hasil dari kajian Migha sendiri. Mana la tau ada yang berminat untuk mencuba kan. Boleh la sama-sama kita basuh dan sental tudung kita nanti. Eh.

    


1. Shower Cream dan Baking Soda
Nie antara tips yang selalu Migha guna. Tapi disebabkan takde baking soda Migha skip that part dan gantikan shower cream kepada shower gel. Walaupun tak hilang 100% tapi jauh lebih baik dari cuci tapi kesan dia masih teruk. Apa yang korang kena buat? Basuh tudung dengan shower cream dan tambah baking soda dekat kawasan yang ada kesan peluh. Gosok dengan berus gigi. 

2. Bedak Talkum
Satu lagi tips yang selalu orang guna ialah tabur bedak. Bukan bedak compact yer. Bedak talkum atau bedak serbuk senang cerita. Tuang bedak dekat kesan peluh, ratakan dan biar sekejap. Lepas tu cuci macam biasa.

3. Baking Soda dan Pencuci Pinggan
Tips nie Migha dapat dari hijabista.com boleh la korang yang rajin tue cuba sebab step dia agak panjang. Tapi takde la panjang mana pun. Korang campurkan baking soda dengan pencuci pinggan dalam mangkuk. Gosok bahan campuran tadi dekat kesan peluh yang lekat dekat shawl guna berus gigi. Sental secara lembut yer. Settle sental, ambil baking soda dan tabur kat kesan peluh tue. Biar dalam 10 min. Kemudian basuh tudung tadi dengan air suam, sental sekali lagi biar 10 minit. Haaa lepas tu bilas dan jemur la yer.

So far nie je yang Migha ada. Kalau korang ada tips lain boleh la share. Boleh jugak Migha cuba lain kali. Sayang tudung rosak sebab kesan peluh.

Tue je untuk kali nie.

Bye.








Hilangkan Kesan Peluh & Minyak pada Shawl dan Tudung. Hilangkan Kesan Peluh & Minyak pada Shawl dan Tudung. Reviewed by Migha on 3:19 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Hi just drop by ...jom follow my blog..anyway nice blog

    ReplyDelete
  2. Hi just drop by ...jom follow my blog..anyway nice blog

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing. Nanti boleh try. Slalu guna sabun buku jeaa. Btw fatin follow sini. Salam kenal dari Fatin, jemput singgah yea

    https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Hallo akak, tak ada CBOX ke? Blogwalking here btw, Nice blog :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.