Review

Susu Pisang NILOFA

9:00 PM Amyra 2 Comments

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Salam 14 Ramadan. Sekejap je rasanya dah nak separuh perjalanan Ramadan kita kan. Hari nie pun dah hari ketiga PKPB. Mesti dah ramai yang kembali bekerja di ofis. Stay safe guys. Kalau takde kepentingan duduk dekat rumah je ye. Aku masih lagi terkandas dekat kampung. Insyallah 9hb baru balik ke KL dan 11hb bakal masuk kerja. Semoga semua urusan aku dipermudahkan. Amin. 

Actually aku baru dapat rasa susu pisang NILOFA tu. Masa dekat KL, jiran sebelah rumah agen susu pisang NILOFA tapi tak pernah pulak rasa nak beli. Ntah kenapa minggu lepas aku macam craving teruk nak minum susu pisang tu. Tak. Tak. Aku tak mengandung. Bukan mengidam. Makanya gigih la aku cari agen susu pisang NILOFA area Sungai Petani. Try cari dekat IG, eh macam tak ramai pulak yang jual susu tu dekat SP nie. Sudahnya aku tanya adik laki aku, mana nak cari susu pisang NILOFA nie. Dia suruh aku cari dekat Facebook, katanya berlambak orang jual susu tu dekat SP. Aku pun try la search, tapi resultnya tak memberansangkan. Sekali lagi aku tanya dia, dia bagitau cari la dekat "Marketplace". Punyalah noob seketul Amyra, tak pernah tau function "marketplace" tu. Makanya misi pencarian aku bermula. Mesej la satu per satu seller.




Ada la 2, 3 orang seller yang aku whatsapp tanya, yang paling cepat tu lah aku deal dengan dia. Settle semua, dia cakap dia boleh COD dalam pukul 8 malam. Aku takpe je, asalkan aku dapat minum susu  pisang NILOFA tu. Untuk pengetahuan korang seller nie tak ambil charge COD yer. Siap bagi  free cupcake Starbucks sebab aku new customer. Service dia memang tip top. Tak tipu. Korang boleh tengok dekat ig dia @le_blues_.co. Dorang bukan setakat jual susu pisang NILOFA je, ada banyak lagi produk yang dorang jual. Amyra bagi 5 bintang untuk service awak dik.

Maafkan aku kalau gambar nie nampak sekerat je. Aku pening nak adjust macam mana. 

Visit Ig for more info. 
Sampai je susu pisang tu, aku ingatkan aku orang paling excited, rupanya si kecik Qeesha tu lagi exicted. Btw si Qeesha nie takde la kecik mana pun dah darjah 4 pun. Disebabkan susu nie ada 2 perisa so aku order 2 dua perisa - Susu Pisang and Susu Pisang dengan Kurma. Hulur la satu yang perasa pisang dekat Qeesha. Sekali sedut habis wei. Sedap sangatlah tu. Sampai tak offer dekat aku. Huh.


Anatholia Qeesha yang tak mau balik Juru.

Memang sedap pun susu pisang NILOFA nie. Kalau nak suruh aku compare dengan susu pisang korea tu aku takde idea. Tak pernah try susu pisang korea tu. Secara jujurnya memang sedap tapi personally aku lebih suka susu pisang dengan kurma compare tu susu pisang je. Sebabnya pisang and kurma tu tak manis sangat compare dengan susu pisang. Memang aku boleh minum. Tekak aku sebenarnya memang tak boleh langsung minum susu  dengan kurma je. Sedap. So lepas nie boleh la beli lagi. 


Yang tak try tu boleh la try. Orang SP boleh beli dengan @le_blues_.co yer. Service terbaik. 

p/s: Qeesha sampai hari nie tak nak habiskan last pack susu pisang dia. Takut habis katanya.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Tak pernah beli pun susu pisang Nilofa ni, bila entah nak try. Best Myra siap dapat muffin Starbucks lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nanti try laa. Dengar kata susu pisang dengan kurma nie special edition sempena Ramadan & Syawal je.

      Delete