Health,

Gejala BURNOUT & Cara Atasi

8:47 AM Amyra 1 Comments

Assalamualaikum. 

 Hello Readers.

Pernah tak korang alami situasi dimana korang rasa penat yang teramat? Penat fizikal dan penat mental especially masa korang bekerja. Kalau yer korang mungkin mengalami gejala "BURNOUT". 
Aku tak la pandai benda berkenaan psikologi or term-term doctor/saintifik nie. Melalui pembacaan aku dapat tahu serba sedikit. 



Apa itu Burnout?
Keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Situasi ini terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan kerja dalam jangkamasa yang amat panjang. -Sumber dari MyHealth
Ihsan: Public Health Malaysia

For past few months, aku tengok aku dah mula rasa semua gejala nie ada dekat aku. Tapi aku ignore sebab aku rasa benda biasa bila kau dah terlalu stress. And lately makin teruk dan effect presatasi kerja aku secara total. Aku masuk kerja tapi hati dan kepala aku takde dekat office. Kemuncak stress aku bila JTK, Audit LHDN, problem tak cukup staff datang serentak. Semua beban diletak atas kepala aku sorang. Mana dengan daily task, hujung bulan nak siapkan gaji, masalah staff dekat branch. Tak kira pulak dengan perangai boss yang hanat. Positif dan redha je la. 

Cara mengatasi burnout.
So apa yang perlu korang buat kalau dah nampak ada tanda-tanda Burnout?

1. Cuti dan rehatkan diri dari kerja.

2. Cuba cari hobi atau buat aktiviti baru yang menyeronokkan.

3. Amalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang cukup.

4. Belajar cara untuk mengurus tekanan dan mengurus masa dengan berkesan

5. Dapatkan khidmat nasihat profesional sekiranya gejala ‘burnout’ yang dialami menjejaskan fungsi kehidupan serta tidak lagi mampu ditangani dengan baik

6. Mulakan langkah mencari kerja baru

As for me, aku dah mengambil langkah untuk berjumpa doktor. Yer, benda nampak sangat kecil dan simple, kenapa sampai kena jumpa doktor? Memang pada mulanya aku rasa benda nie cumalah stress biasa di tempat kerja. Sampai satu tahap aku found out period aku dah mula tak teratur dan datang diluar kebiasaan which is sebulan datang dalam dua kali tapi sangat sedikit. Dari situ timbul kesedaran untuk aku pergi furhter check-up. Ye la mana tau kot-kot mengandung ke apa. 

Check-up di Klinik Kesihatan
Aku decide untuk ambil cuti dan terus ke Klinik Kesihatan. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan dan cepat je. Pendaftaran semua mudah. Sebelum aku masuk jumpa doktor, aku kena jumpa nurse dekat depan untuk check tekanan darah. 3 kali dia ambil bacaan tekanan darah sebab terlalu tinggi. Settle dengan nurse aku terus masuk berjumpa doktor - cerita segala masalah kesihatan aku, dan sampai satu part aku mula menangis. Aku tak tau kenapa aku menangis. Mungkin aku sedih, terlampau penat. So doktor suruh aku buat ujian air kencing, ambil darah dan buat ujian DASS. Turns out keputusan air kencing aku ok cuma darah aku ada sedikit infection. Mungkin berpunca dari Asthma, menurut doktor. 

Disebabkan ujian DASS aku tak memberansangkan doktor terus refer aku dekat doktor pakar. Sebelum aku berjumpa doktor pakar, aku kena amek neb dulu. Dah lama rasanya tak amek neb dekat hospital. Sebelum settle neb, datang doktor pakar, cari aku dekat bahagian neb tu and remind aku lepas habis nie jumpa dia. Agaknya dia takut aku lari dan terus balik. Haha. 

Doktor tu mula dengan sejarah kesihatan aku. Dah berapa lama ada asthma, ada buat follow up tak, pernah kena ward tak. Semua dia tanya. Sampailah, dia mula bertanya soalan-soalan personal, soalan berkaitan kerja. Bermulalah kisah drama air mata. Session aku dengan doktor pakar tu agak lama dan buat aku rasa better lepas jumpa doktor tu. Atas nasihat doktor, dia bagi aku masa 15 hari untuk berehat dari kerja dan selepas 15 hari aku perlu jumpa dia balik untuk Follow-up. Aku bukan saja kena jumpa dia balik untuk follow up tapi sekali lagi kena ambil darah.



Aku harap sepanjang cuti rehat nie, aku tak diganggu dengan kerja.

Bye

p/s: Doktor pakar tu helok.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis Myra, Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.
    Assalamualaikum sis , Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete